Catatan

Sekitar Bab Pernikahan

Imej
Ustaz Halizal Alias Sumber video: Banyu Suam "Pernikahan yang paling besar barakahnya adalah perkahwinan yang belanjanya paling sedikit." Hadis Nabi s.a.w. Kata Imam Hassan Al Basri: Ujian yang berat itu ada 4 perkara: 1. Banyak (ramai) anggota keluarga. 2. Hartanya yang sedikit. 3. Jiran yang jahat. 4. Isteri yang mengkhianati suami. "3 golongan yang berhak mendapat pertolongan oleh Allah s.w.t": 1. Orang yang berjuang dijalan Allah s.w.t. 2. Orang yang berkahwin yang ingin menjaga kehormatan dirinya daripada perkara yang dimurkai Allah s.w.t. 3. Hamba yang berkeinginan untuk membebaskan dirinya. *Carilah pasangan yang BERTAQWA Perempuan ada 3 jenis: 1. Perempuan satu untuk kamu: wanita yang perawan kerana hati dan cintanya untuk kamu. 2. Perempuan yang membebankan kamu: Perempuan yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak. Menangis kerana suami lamanya. 3. Perempuan untuk kamu dan membebani kamu: Perempua...

Kesalahan Dalam Kenduri Kahwin

Imej
Kuliah Maghrib Ustaz Shahul Hamid Tajuk: Kesalahan Dalam Kenduri Kahwin Sumber: Abu Khadijah Studio Hukum Kenduri Kahwin: Sunnah Nabi yang sunat, bukan adat. Kalau adat tidak dapat pahala. PERKARA HARAM DALAM KENDURI 1. Menilik hari - hari tertentu bila nak buat kenduri [tilik pasangan serasi atau tidak, nama yang serasi]. Tiada hari atau tempat yang sial dalam Islam. 2. Berlebihan dalam mengadakan kenduri. - Makanan yang berlebihan, terlalu banyak jenis. - Perhiasan/Pelamin yang keterlaluan. 3. Memakai pakaian yang salah [Lelaki: pakai rantai, kain sutera, inai 3 jari. Perempuan: pakaian ketat, jarang, berkilau - kilau]. 4. Bersanding menyerupai bukan islam, mempamerkan kecantikan isteri kepada orang ramai. 5. Perlu diasingkan antara Lelaki dan Perempuan. 6. Pengantin bersalaman tak kira jantina. 7. Penyediaan unsur - unsur negatif [Muzik/Lagu yang melalaikan, Rokok, Berkaraoke]. 8. Bahan masakan yang tidak bersih atau tidak hal...

Novel Sampaikan Salamku...

Imej
Cover page novel Lama sungguh rasanya tak menulis dalam blog ini. Al maklumlah sibuk dengan "pelbagai urusan dunia" yang tidak akan pernah habis selagi kita belum "menutup mata". Alhamdulillah masih lagi diberikan kesihatan oleh Allah s.w.t untuk meneruskan hari - hari mendatang dan semoga sempat bertemu dengan Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari lagi. Insyallah... Hari ini saya nak promosikan sebuah novel nukilan sahabat saya di UiTM Puncak Perdana. Novel "Sampaikan Salamku" ini ditulis oleh  MOHAMMAD FAKHRULRAZI B. MOHD FADIL atau nama panggilannya Reza Al Razi. Khabarnya novel terbitan JemariSeni ini sudah berada dipasaran. Dapatkan segera novel Sulung karangan Reza Al Razi ini. Beliau merupakan seorang sahabat saya di Fakulti Pengurusan Maklumat dulu. Kami bersama - sama dalam Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH) selama beberapa semester. Orangnya yang nampak agak pendiam tetapi bila berbicara, pelbagai butir mutiara yang dikongsikan ...

Tazkirah Ringkas: 3 Jenis Muka Berseri

Imej
Di akhirat kelak, ada 3 jenis manusia yang berbeza seri mukanya... Pertama: Mukanya Berseri/ Bercahaya umpama Bintang Iaitu orang yang apabila mendengar azan, lalu dia berhenti membuat kerja dan mengambil wudhuk, terus ke masjid/surau untuk solat. Kedua: Mukanya Berseri/Bercahaya umpama Bulan Iaitu orang yang berwudhuk sebelum azan (dekat - dekat nak masuk waktu) dan dia terus ke masjid untuk solat. Ketiga: Mukanya Berseri/Bercahaya umpama Matahari Iaitu mereka yang berwudhuk sebelum azan, dan duduk di dalam masjid/surau menunggu azan. Tazkirah oleh: Ustaz Kamal Ashaari # Sekadar Perkongsian Bersama. # Mohon Teguran Jika Ada Kesilapan. # Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash ra., Rasulullah SAW bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di Neraka.” (Al-Bukhari).

4 Tips Urus Wang

Imej
Pengurusan Kewangan yang berkesan merupakan antara faktor terpenting bagi memastikan kedudukan kewangan individu atau sesebuah keluarga berada dalam keadaan kukuh dan selamat. Hal ini penting dalam menjamin kehidupan di masa hadapan. Ibarat kata pepatah Melayu, " beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis " mesti diamalkan dalam pengurusan kewangan masyarakat masa kini. Sikap berwaspada dan berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian amat penting dalam kehidupan supaya tidak berlaku masalah dikemudian hari. Dalam konteks pengurusan kewangan, pelbagai cara boleh diambil dalam menguruskan perbelanjaan seharian individu atau keluarga. Disini saya akan kongsikan 4 tips yang boleh diamalkan untuk menguruskan kewangan. 1.  Beli Ikut Keperluan, Bukan Kehendak. Dalam berbelanja membeli barangan keperluan seharian, seharusnya perlu dibezakan antara perkara yang menjadi keperluan dan kehendak peribadi. Hal ini kerana terdapat barang yang sangat diperlukan untuk kehi...

Tazkirah Ringkas: Layanan Anak - Anak

Imej
Layanan kepada Anak - anak Anak Umur 1 - 7: Layan anak macam Raja Anak Umur 7 - 14: Layan anak macam Hamba Anak Umur 15 Keatas: Layan anak macam Kawan Pisahkan tempat tidur anak - anak masa umur 10 tahun Pesanan Saidina Ali Tazkirah oleh: Ustaz Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan # Sekadar Perkongsian Bersama. # Mohon Teguran Jika Ada Kesilapan. # Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash ra., Rasulullah SAW bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di Neraka.” (Al-Bukhari).

Hudud Kelantan: Pandangan Peribadi II

Imej
Pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) bagi negeri Kelantan nampaknya semakin panas dari hari ke hari. Kalau diamati dalam media massa, pelbagai jenis manusia yang memberikan pendapat dalam isu ini. Ada yang bersetuju, ada juga yang masih diam membisu dan tidak kurang juga terdapat mereka yang menentang habis habisan perkara ini. Semua ini boleh dibaca dalam media cetak dan media elektronik. Kadang kala, bila membaca kenyataan atau post orang - orang tertentu sebagaimana yang disiarkan dalam surat khabar ataupun dalam laman sosial facebook masing - masing, banyak persoalan yang timbul yang pastinya memerlukan suatu jawapan yang terbaik bagi meleraikan kekusutan ini. Bila ada orang yang menyatakan bahawa hukum hudud ini tidak sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia kerana masyarakat majmuk. Soalnya, adakah perlu menunggu "masyarakat yang tidak majmuk" baru boleh dilaksanakan? Bila pula masanya? Bila ada orang yang menyatakan bahawa hukum...