Sekitar Bab Pernikahan

Ustaz Halizal Alias
Sumber video: Banyu Suam

"Pernikahan yang paling besar barakahnya adalah perkahwinan yang belanjanya paling sedikit." Hadis Nabi s.a.w.

Kata Imam Hassan Al Basri: Ujian yang berat itu ada 4 perkara:

1. Banyak (ramai) anggota keluarga.
2. Hartanya yang sedikit.
3. Jiran yang jahat.
4. Isteri yang mengkhianati suami.

"3 golongan yang berhak mendapat pertolongan oleh Allah s.w.t":

1. Orang yang berjuang dijalan Allah s.w.t.
2. Orang yang berkahwin yang ingin menjaga kehormatan dirinya daripada perkara yang dimurkai Allah s.w.t.
3. Hamba yang berkeinginan untuk membebaskan dirinya.

*Carilah pasangan yang BERTAQWA

Perempuan ada 3 jenis:

1. Perempuan satu untuk kamu: wanita yang perawan kerana hati dan cintanya untuk kamu.

2. Perempuan yang membebankan kamu: Perempuan yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak. Menangis kerana suami lamanya.

3. Perempuan untuk kamu dan membebani kamu: Perempuan yang pernah berkahwin yang tidak ada anak. Jika suami lebih baik, tidak akan dibandingkan dengan suami terdahulu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan

Cabaran Pekerja Baru BDE Allianz Malaysia

Temuduga JPK: Suatu Catatan..