Kisah Latihan Amali 2013


Assalamualaikum dan Selamat Pagi buat semuanya...Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..

Dikesempatan ini bolehlah dicoretkan catatan penuh 3 bulan sepanjang saya berada di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh Kelantan bagi menjalani Latihan Amali disana. 

Industrial Training merupakan satu subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar Pengurusan Rekod dan batch saya merupakan pioneer dalam subjek ini. Kisah Latihan Industri in bermula pada 25 Jun 2013 yang lalu setelah kami mendengar Taklimat Latihan Industri dari En Mohd Zairol Masron, selaku Penyelia Industri kami. Usai taklimat, kami dikehendaki untuk menyenaraikan tempat - tempat untuk menjalani LI. Memang banyak tempat yang kami masing - masing tulis untuk praktikal disana...

Saya masih ingat lagi bahawa saya memilih untuk praktikal di Pejabat Pelajaran Cameron Highlands, Arkib Negara Malaysia Kuala Terengganu dan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh Kelantan. Walau bagaimanapun, Pejabat Pelajaran Cameron Highlands menolak permohonan saya...apa nak buat, tak ada rezeki :)

Saya masih mengharapkan agar ditempatkan di Arkib Negara Malaysi Cawangan Kuala Terengganu bersama - sama Muhammad Asyraf bin Ahmad Royali dan Ab Shahmadhafsham Ab Shukor. Sebab kami dimaklumkan ada elaun dan boleh melawat jabatan kerajaan disana untuk melihat Pengurusan Rekod dijabatan kerajaan. Pada mulanya memang kami teruja jika dapat berpraktikal disana. Namun, apakan daya tiada rezeki, kami membawa diri masing - masing ke negeri masing - masing.

Saya mendapat tawaran di PTJPP. Memang kena pada masanya sebab Semester 7 ni tak ada PTPTN, jadi saya memang suka dapat praktikal dekat rumah, boleh save bajet sikit. Sama keadaan dengan kawan - kawan saya yang memilih untuk menjalani LI di kawasan masing - masing. Hari yang ditetapkan berkunjung tiba. Kami perlu melapor diri di tempat LI masing - masing pada 2 September 2013. Saya tiba ditempat kerja awal untuk melapor diri...

Tempat pertama saya ialah di Unit Pentadbiran, PTJPP bersama seorang lagi pelajar UiTM Machang. Dia budak sistem, minor Rekod. Dua hari tanpa kerja memang agak membosankan bagi kami semua. Setelah berlalu 2 hari, saya dipindahkan ke Unit Hasil sehinggalah tamat LI saya. 

Di Unit Hasil, saya ditugaskan untuk mengemaskinikan data dalam Sistem Pungutan Hasil Tahunan (SPHT) dan bertugas di Kaunter Hasil dan Kaunter Materi Setem. Pengalaman memang banyak didapati semasa berada disana. Berurusan dengan pelbagai jenis ragam manusia kadang kala melucukan dan kadang kala boleh membuatkan rasa nak marah. Namun, semuanya dapat diatasi dengan baik. Selalu berwajah senyum bila berurusan dengan pelanggan adalah kunci utama kejayaan di kaunter.

Kadang kala terpaksa jaga kedua - dua kaunter serentak bila staff cuti. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dibantu oleh staf yang lain. Saya sering bertanya kepada staff senior jika terdapat sebarang kemusykilan atau kekeliruan berkenaan dengan sesuatu. Ini kerana, ini bukan bidang saya. Bila kita bertanya, banyak yang dapat dipelajari....

Alhamdulillah, perbelanjaan saya disana tidaklah banyak sangat. Kadang kadang, dapat makan free bila staff belanja sarapan...ada jugak yang bawak makanan, boleh makan sekali...jimat bajet sikit....

Apa pun, Latihan Amali sudah berlalu. Kini masanya untuk menyiapkan segala tugasan yang berbaki. Penyediaan Laporan Case Study, Report LI dan Persediaan untuk Presentation mengambil tempat. Kadang terasa malas nak buat sebab tak ada kawan disisi yang boleh mendorong kita untuk buat...Apa pun, itu bukan penghalang untuk menyiapkannya....Insyallah akan berusaha untuk menyiapkan semua itu...

Akhirnya, doakan kejayaan kami semua untuk berjaya dalam LI ini dan Presentation pada 16 da 17 Disember 2013 nanti. Doakan kami berjaya dunia dan akhirat....

Pulau Pandan jauh ketengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan