Latihan Industri 2013
Assalamualaikum dan Salam Kemerdekaan ke 56 bagi semua rakan tak kira dimana sahaja anda berada. Semoga berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya.
Tak lupa nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke 56 bagi Malaysia. Semoga kemerdekaan sebenar akan kita kecapi suatu hari nanti...
Saya dan rakan - rakan yang lain akan menghadapai Latihan Industri (LI) di organisasi yang telah membenarkan kami menjalankan LI disana. Alhamdulillah, semuanya telah berjalan lancar dengan kami sudah mendapat pengesahan persetujuan daripada organisasi yang terlibat yang membenarkan kami menjalankan LI disana melalui pertolongan pensyarah - pensyarah kami selaku Koordinator bagi LI pada kali ini.
Bagi batch saya, Record Management, ini merupakan LI yang pertama kali dijalankan bagi pelajar jurusan Record Management. Kami merupakan pioneer bagi LI ini. Kalau sebelum ini tiada, kamilah kumpulan perintis kepada program ini. Bagi saya, program ini amatlah baik kepada pelajar kerana memberikan kami pendedahan tentang selok belok pengurusan di sesebuah organisasi sebelum menyertai organisasi secara rasmi suatu hari nanti.
Semoga dengan pendedahan yang akan kami lalui selama 3 bulan ini akan memberikan kami sedikit sebanyak pengalaman dan ilmu berkenaan dengan bidang yang kami pelajari di organisasi yang akan kami menjalani LI nanti. Ada beberapa perkara atau peringatan yang ingin dikongsikan bersama - sama sahabat sekalian yang akan menjalani LI nanti. Semoga beroleh manfaat bagi diri saya dan juga sahabat sekalian...
- Pastikan semua dokumen yang berkaitan dibawa semasa melapor diri di organisasi nanti (Buku Log, Rekod Kehadiran Latihan Industri, Surat, Kad Matrik (dipakai, bukan letak dalam bag) dan apa jua dokumen yang diperlukan oleh organisasi semasa Lapor Diri nanti).
- Berpakaian kemas dan mengikut etika professional organisasi. Kebiasaannya kalau pekerja mestilah berkemeja panjang, berseluar slack hitam dan bertali leher bagi lelaki dan berbaju kurung bagi perempuan. (bergantung kepada etika berpakaian tempat LI anda).
- Minta restu Ibu Bapa sebelum keluar "kerja".
- Jangan lupa doa sebelum menaiki kenderaan samada anda menaiki bas, motosikal, kereta atau basikal untuk ke tempat LI anda.
- Keluar awal bagi mengelak kesesakan dan kelewatan. Terutama sekali yang berada jauh dari tempat "kerja" anda. Yang dekat pun lebih baik awal, takut apa - apa terjadi. Malang tidak berbau...
- Sentiasa bersikap positif, professional, mesra dan senyum selalu. Tidak perlu berlakon. Tunjukkan sikap matang kita kepada pihak industri. Sikap melambangkan perbuatan dan kematangan....
- Amalkan sikap suka bertanya jika tidak tahu.
- Elakkan sikap suka MENGARAH kerana sikap ini akan membuatkan anda dipandang sebagai seorang yang gila kuasa dan perasan bagus.
- Jaga nama baik Fakulti, nama baik Ibu Bapa dan nama baik sendiri.
- Jangan curi tulang dan jangan "terlalu" rajin. Ada beza ni tau...
- Sebelum memulakan apa - apa tugasan, mulakan dengan Bismillah dan doa agar diberi kemudahan dan keberkatan serta diakhiri dengan Alhamdulillah...
Semoga kita semua diberikan kesihatan yang terbaik untuk menjalani LI ini.
Semoga LI ini akan memberikan kita pengalaman dan pendedahan yang terbaik di Industri agar kita dapat menjadi pekerja yang cemerlang nanti. Dan semoga kita semua mendapat keputusan LI yang terbaik, dipermudahkan segala urusan dan dapat kerja cepat serta di selamatkan dari azab di akhirat kelak.
Kerja suatu IBADAH. Buatlah dengan sepenuh hati dan keikhlasan. Insyallah akan dipermudahkan...
"dan mereka pula berpesan - pesan dengan kebenaran serta berpesan - pesan dengan sabar". (Al Asr)
all da best syawal dengan praktikall..=)
BalasPadam