Misteri MH307: Antara Tragedi vs Bala.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua. Semoga sihat sejahtera hendaknya.
Hari ini masuk hari ke tujuh Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Pesawat B 777-200 MH 307 berjalan melibatkan pelbagai negara dan kelengkapan aset yang banyak dan tercanggih di dunia. Selain pelbagai bantuan dan sokongan yang diberikan samada dalam bentuk kelengkapan mencari seperti pesawat dan kapal atau dalam bentuk sokongan moral seperti khidmat kaunseling dan doa yang dipanjatkan oleh pelbagai pihak dalam pelbagai cara yang tersendiri pada Ilahi.
Semua ini dilakukan bagi mengesan dimana pesawat itu berada dan bagi memohon pada Nya agar diselamatkan penumpang serta ditemukan pesawat itu. Satu perkara yang mengejutkan banyak pihak berkenaan Operasi MH 307 ini adalah sekumpulan Bomoh Do Re Mi yang melakukan ritual yang kononnya untuk mengesan dan menyelamatkan pesawat ini. Reaksi masyarakat memang tidak menyenangi perkara ini kerana telah tersebar tentang penggunaan Bomoh ini ke serata dunia yang tentunya memberikan imej buruk kepada negara dan agama Islam itu sendiri. Penggunaan Buah Kelapa, Tikar, Labu Sayong, dan lain - lain peralatan memang mengundang khurafat yang menjadi antara dosa besar yang mesti dihindari oleh kita semua.
Justeru, perbuatan khurafat ini perlu lah dihentikan segera bagi mengelakkan tanggapan buruk tentang agama Islam oleh pihak lain yang boleh mencemarkan kesucian Islam.
Sumber: The Star: Raja Bomoh
Bala dan Ujian
Kalau disoroti dan diamati dengan teliti, memang negara kita berdepan dengan ujian atau lebih tepat lagi BALA yang banyak yang datang dari Allah s.w.t akhir - akhir ini. Kalau boleh disenaraikan beberapa ujian seperti:
1. Kemarau yang panjang
2. Kebakaran hutan
3. Jerebu yang melanda beberapa kawasan
4. Peningkatan kes Demam Denggi
5. Kehilangan Pesawat MH 307
Tak perlulah saya terangkan kesemua diatas kerana semua pasti sudah tahu tentang data dan maklumat tentang setiap yang berlaku. Semua ini merupakan ujian dan bala dari Allah kepada kita. Mungkin ada hikmah dan peringatan yang tersurat dan tersirat yang kita semua perlu ambil perhatian dari kejadian yang menimpa negara kita kini.
MH 307: Misteri yang belum terungkai
Dah masuk hari ke enam operasi SAR berjalan melibatkan kalau tak salah saya 12 negara dengan pelbagai aset seperti kapal dan pesawat serta satelit yang digunakan untuk mencari dan menyelamat Pesawat MH 307 milik MAS itu yang hilang pada hari Sabtu yang lalu. Kehilangan ini menimbulkan pelbagai persoalan dan pelbagai teori yang bermain dalam fikiran saya dan juga orang - orang kampung. Saya tak bermaksud untuk memberikan maklumat yang spesifik tentang peristiwa ini dan juga maklumat lain kerana semua itu boleh didapati dalam pelbagai media.
Maklumat yang boleh diperoleh dari pelbagai sumber memang ada yang boleh di pakai dan ada yang tidak boleh. Oleh itu, mesti dipastikan dari mana sumber maklumat yang diperoleh dan siapa yang menyampaikannya. Ini bagi mengelakkan dari sebarang percanggahan maklumat yang boleh membuatkan orang menjadi pening dan haru biru.
Bila melihat sidang media yang diadakan di Hotel Sama Sama yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen, memang banyak pertanyaan yang ditanya kepada Ketua Pengarah DCA atau CEO MAS atau kepada sesiapa yang ada dalam sidang media tersebut oleh pengamal media yang mahukan perkembangan terkini berkenaan dengan Operasi SAR itu. Memang tak semua maklumat boleh diberikan oleh mereka yang berkenaan tanpa ada pengesahan yang konkrit dari pihak - pihak tertentu. Ura - ura yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak perlu disiasat dengan terperinci sebelum dibuat sebarang kenyataan. Ini yang kita semua kena faham.
Sidang media yang diadakan selang 2 jam sekali juga kurang elok pada pandangan saya. Sebab, hanya maklumat yang lebih kurang sama sahaja yang diberikan. Mungkin tak perlu dibuat selang 2 jam sekali. Bila ada info, baru boleh maklumkan kepada pihak media.
Orang yang memberikan maklumat itu juga mestilah orang yang berkelayakan untuk memberikan sebarang maklumat dan fakta kepada para media. Seperti yang disarankan oleh Mantan Ketua Polis Negara dalam RTM 1 beberapa hari lalu, hanya perlu seorang sahaja yang memberikan maklumat kepada media bagi mengelakkan maklumat yang bercanggah yang boleh menyebabkan kekeliruan kepada semua.
Pelbagai Teori
Bermacam teori dan maklumat yang disebarkan yang kesemuanya tidak dapat disahkan lagi. Seingat saya beberapa teori seperti: Sabotaj, Pengganas, Meletup, Turn Back dan pelbagai lagi kebarangkalian yang boleh didapati dalam laporan pelbagai media cetak dan elektronik samada tempatan atau asing serta dari siaran langsung sidang media oleh pihak DCA dan MAS.
Sehingga sekarang, masih belum mendapat apa - apa petunjuk yang betul berkenaan dengan pesawat tersebut. Walau apa pun, teruskan usaha mencari dan jangan lupa DOA pada Ilahi agar dipermudahkan segalanya.
Insyallah hari ini akan diadakan Solat Hajat seluruh negara memohon keselamatan dan penemuan pesawat tersebut.
Doa pada Yang Esa
Ya Allah,
Kami mohon pada MU agar di bukakan hijab untuk ditemukan kembali Pesawat MH307 yang hilang. Selamatkan lah semua yang berada di dalamnya, hindarkan daripada mereka musibah yang dahsyat dan juga bencana yang datangnya dari musuh – musuh, dari manusia dan jin, dari syaitan dan iblis dan apa – apa yang turun dari langit dan keluar dari bumi.
Ya Allah,
Jika benar ia berada di langit, turunkan lah ia,
Jika benar ia berada di bumi, keluarkan lah ia,
Jika benar ia sulit, mudahkan ia,
Jika benar ia jauh, dekatkan lah ia.
Selamatkan lah kami dari tiap – tiap bala bencana di dunia dan azab di akhirat. Engkaulah Maha Pendengar segala permintaan kami. Kepada Mu jualah tempat kami berserah.
Teruskan berdoa untuk MH307
Aset Operasi SAR
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS