Kelayakan vs Pengalaman
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Cuba amati betul - betul gambar yang ada diatas? Apakah makna yang tersurat dan yang tersirat yang terdapat dalam gambar itu? Fikir sejenak.....
Gambar ini dikongsi oleh sahabat saya dalam group Facebook kami beberapa masa dahulu.
Memang ini lah yang terjadi bagi kebanyakan graduan di Malaysia dan mungkin di negara - negara yang lain juga. Nak dapatkan kerja perlu belajar sehingga ke peringkat yang lebih tinggi bagi memastikan peluang mendapat pekerjaan itu lebih cerah dengan gaji yang baik.
Maka bermula dari UPSR, PMR, SPM dan akhir sekali STPM, kita memang belajar bersungguh - sungguh dalam mengejar cita - cita masing - masing untuk melangkah masuk ke Menara Gading. Dah dapat menggenggam segulung ijazah, dah menamatkan pengajian peringkat universiti, maka misi pencarian kerja bermula. Ada pelbagai bidang yang menjadi pilihan pelajar masing - masing.
Persoalannya sekarang, kebanyakan pekerjaan memerlukan pengalaman bekerja beberapa tahun utuk jawatan tertentu. Kami yang fresh graduates ni memang tidak mempunyai pengalaman untuk memohon jawatan tertentu yang dirasakan layak untuk dimohon bagi kami disebabkan oleh pengalaman ini. Pada saya, pengalaman dan pengetahuan boleh dicari dan dipelajari. Yang paling penting adalah RUANG dan PELUANG disediakan untuk insan seperti kami ini.
Paling penting adalah jawatan itu ada untuk fresh graduates memohon dan tanpa memerlukan pengalaman. Insyallah pengalaman itu akan dibina jika diberikan ruang yang seluasnya oleh pihak kerajaan dan industri yang berkaitan.
Lagi satu yang saya pohon dikaji semula adalah PENCEN bagi pelbagai sektor perkhidmatan. Ini bagi memberi lebih peluang dan ruang kepada para fresh graduates untuk mengisi kekosongan sesuatu jawatan itu.
Saya ingin memohon agar Opsyen Umur Persaraan Paksa/Wajib yang membolehkan penjawat awam untuk memilih umur persaraan wajib (55/56/58/60 tahun) dikaji semula. Ini penting bagi memberi peluang kepada generasi muda dalam perkhidmatan awam dalam negara. Memang benar bahawa mereka yang berpengalaman lebih wajar untuk berkhidmat. Tapi, sampai bila? Bila masa untuk orang muda menyertai perkhidmatan awam kalau umur 60 tahun baru nak pencen.
Saya tak ada maklumat yang tepat tentang Opsyen Persaraan ini. Tapi, setahu saya boleh pilih nak pencen umur 55/56/58/60 tahun. Saya mencadangkan agar umur WAJIB persaraan di tetapkan pada 55/56 tahun sahaja bagi semua kakitangan awam. Itu pun dah kira paling maksimum. Kepada yang sudah tak larat nak kerja, tolonglah pencen. Kalau mata pun dah tak nampak, prestasi pun merudum, pada saya baiklah angkat kaki. Berilah peluang kepada anak muda untuk merasa duduk dalam kerajaan setidak tidaknya.
Kalau tak dibuat seumpama ini, memang peluang kami amat sempit untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Walau apa pun, rezeki ada dimana - mana. Usaha, Doa dan Tawakkal, insyallah ada....
Sumber Gambar: Klik Sini
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS