Thursday, 15 August 2013

Petua Imam Syafie


EMPAT PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan

  1. Memakan daging
  2. Memakai haruman
  3. Kerap mandi
  4. Berpakaian daripada kapas
Empat perkara melemahkan badan
  1.  Banyak berkelamin (bersetubuh)
  2. Selalu cemas
  3. Banyak minum air ketika makan
  4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
  1.  Duduk menghadap kiblat
  2. Bercelak sebelum tidur
  3. Memandang yang hijau
  4. Berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata

  1. Memandang najis
  2. Melihat orang yang dibunuh
  3. Melihat kemaluan
  4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
  1. Tidak banyak berbual kosong
  2. Rajin bersugi (gosok gigi)
  3. Bercakap dengan orang yang soleh
  4. Bergaul dengan para ulama’
EMPAT CARA TIDUR


  •  TIDUR PARA NABI
  • Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi
  •  TIDUR PARA ULAMA’ DAN AHLI IBADAH
  • Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam
  • TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
  • Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan
  • TIDUR SYAITAN
  • Menelengkup/ bertiarap seperti tidurnya ahli neraka

1 comment:

Assalamualaikum W.B.T

Cer Komen SIkit...hi3

Kutipan Derma