Memutuskan Hubungan Dengan Saudara Muslim




Antara langkah Syaitan untuk menggoda dan menjerumuskan manusia adalah dengan memutuskan tali hubungan antara sesama umat islam.

Anehnya, banyak yang terpedaya dengan ajakan Syaitan tersebut. Mereka tidak menegur saudara seislam mereka tanpa sebab yang dibenarkan oleh syara’. Contohnya kerana harta, atau masalah lain yang tidak dibenarkan syara’.

Kadang kala, hubungan yang diputuskan itu boleh berjangkau berbulan – bulan, malahan bertahun – tahun. Bahkan ada yang bersumpah tidak akan menegur ajak berbicara dengannya sampai bila – bila. Jika terserempak di jalanan, dia segera memalingkan muka daripada rakan yang dimusuhinya dan tidak menghiraukannya.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidak halal seorang muslim memutuskan hubungan dengan saudara (sesama muslim) lebih dari 3 hari. Barangsiapa yang memutuskan lebih dari 3 hari, maka ia masuk neraka”.

Abu Khirasy Aslami berkata, Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa memutuskan hubungan dengan saudaranya selama setahun, maka ia seperti mengalirkan darahnya”.

Untuk membuktikan betapa buruknya memutuskan hubungan antara sesama muslim, cukuplah dengan mengetahui bahawa Allah s.w.t menolak memberikan ampunan kepada mereka. Dalam hadis riwayat Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda “ Semua amal manusia diperlihatkan (kepada Allah) pada setiap Jumaat (setiap Pekan) dua kali: hari Isnin dan hari Khamis. Maka setiap hamba yang beriman diampuni (dosanya) kecuali hamba yang antara dirinya dengan saudaranya ada permusuhan. “ 

Difirmankan kepada malaikat: “Tinggalkanlah atau tangguhkanlah (pengampunan untuk) dua orang ini sehingga keduanya kembali berdamai”.

"Kita tidak akan selamanya hidup di dunia yang sementara ini. Buatlah baik sesama manusia dan eratkanlah persaudaraan. Semoga beroleh berkat dari yang Esa".....

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan