Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

Latihan Industri 2013

Imej
Assalamualaikum dan Salam Kemerdekaan ke 56 bagi semua rakan tak kira dimana sahaja anda berada. Semoga berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. Tak lupa nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke 56 bagi Malaysia. Semoga kemerdekaan sebenar akan kita kecapi suatu hari nanti... Saya dan rakan - rakan yang lain akan menghadapai Latihan Industri (LI) di organisasi yang telah membenarkan kami menjalankan LI disana. Alhamdulillah, semuanya telah berjalan lancar dengan kami sudah mendapat pengesahan persetujuan daripada organisasi yang terlibat yang membenarkan kami menjalankan LI disana melalui pertolongan pensyarah - pensyarah kami selaku Koordinator bagi LI pada kali ini. Bagi batch saya, Record Management, ini merupakan LI yang pertama kali dijalankan bagi pelajar jurusan Record Management. Kami merupakan pioneer bagi LI ini. Kalau sebelum ini tiada, kamilah kumpulan perintis kepada program ini. Bagi saya, program ini amatlah baik kepada pelajar kerana membe...

Memutuskan Hubungan Dengan Saudara Muslim

Imej
Antara langkah Syaitan untuk menggoda dan menjerumuskan manusia adalah dengan memutuskan tali hubungan antara sesama umat islam. Anehnya, banyak yang terpedaya dengan ajakan Syaitan tersebut. Mereka tidak menegur saudara seislam mereka tanpa sebab yang dibenarkan oleh syara’. Contohnya kerana harta, atau masalah lain yang tidak dibenarkan syara’. Kadang kala, hubungan yang diputuskan itu boleh berjangkau berbulan – bulan, malahan bertahun – tahun. Bahkan ada yang bersumpah tidak akan menegur ajak berbicara dengannya sampai bila – bila. Jika terserempak di jalanan, dia segera memalingkan muka daripada rakan yang dimusuhinya dan tidak menghiraukannya. Abu Hurairah berkata, Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidak halal seorang muslim memutuskan hubungan dengan saudara (sesama muslim) lebih dari 3 hari. Barangsiapa yang memutuskan lebih dari 3 hari, maka ia masuk neraka”. Abu Khirasy Aslami berkata, Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa memutuskan hubungan dengan saudaran...

10 Perkara atau Perbuatan Yang Sia - Sia

Imej
Kali ini, marilah kita membicarakan tentang apakah perkara yang sia – sia yang ada dalam hidup kita seharian. Semoga dengan perkongsian ini, kita dapat menghindarkan perkara – perkara tersebut dalam hidup kita seharian. Insyallah…. Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:- Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyyatul masjid. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu ta...

Petua Imam Syafie

Imej
EMPAT PERKARA UNTUK SIHAT Empat perkara menguatkan badan Memakan daging Memakai haruman Kerap mandi Berpakaian daripada kapas Empat perkara melemahkan badan   Banyak berkelamin (bersetubuh) Selalu cemas Banyak minum air ketika makan Banyak makan bahan yang masam Empat perkara menajamkan mata   Duduk menghadap kiblat Bercelak sebelum tidur Memandang yang hijau Berpakaian bersi h Empat perkara merosakkan mata Memandang najis Melihat orang yang dibunuh Melihat kemaluan Membelakangi kiblat Empat perkara menajamkan fikiran Tidak banyak berbual kosong Rajin bersugi (gosok gigi) Bercakap dengan orang yang soleh Bergaul dengan para ulama’ EMPAT CARA TIDUR   TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi   TIDUR PARA ULAMA’ DAN AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk ...

Isu Wang Hantaran Mahal

Imej
Beberapa hari yang lalu, atau lebih tepat lagi pada 10 Ogos 2013 yang lalu dalam akhbar Kosmo! Memaparkan tajuk “ Ramai membujang lantaran hantaran mahal” di muka hadapan akhbar tersebut. Kalau tidak silap saya, isu hantaran mahal ini sudah ditimbulkan dalam tahun 2012 tentang rungutan masyarakat mengenai hantaran kahwin yang mahal. Hal ini semacam menjadi trend dalam kalangan masyarakat Melayu pada masa sekarang. Mereka lebih cenderung untuk meletakkan nilai hantaran yang tinggi bagi lelaki yang ingin mengahwini anak gadis mereka. Manakan tidak, nilai wang hantaran diletakkan mengikut taraf pendidikan atau kelulusan dari universiti (lihat gambar). Mungkin ini merupakan salah satu amalan yang menjadi ikutan bagi masyarakat di Malaysia. Mungkin juga perkara ini untuk menunjuk – nunjuk dan duit hantaran itu mungkin digunakan untuk mengadakan majlis perkahwinan yang bersifat mewah dan eksklusif. Bukankan wang hantaran yang yang tinggi yang dikenakan kepada pihak lel...

Sebab Turunnya Bala

Imej
BILA AKAN TURUNNYA BALA DARIPADA ALLAH SWT???? Bersabda Rasulullah s.a.w antara lain maksudnya:"Bala pasti menimpa ke atas umatku jika mereka sewenang - wenangnya melakukan 15 perkara ini: 1.   Apabila kekuasaan dianggap keuntungan 2.   Amanat dianggap ghanimah 3.   Membayar zakat dianggap merugikan 4.   Suami tunduk pada isterinya 5.   Derhaka terhadap ibu 6.   Mentaati kawan yang menyimpang dari kebenaran 7.   Menbenci ayah 8.   Bersuara keras (menjerit jerit) di masjid 9.   Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya 10.   Orang ditakuti (dihormati) kerana kejahatannya 11.   Minum arak berleluasa 12.   Semakin ramai(lelaki) memakai sutera 13.   Wanita menari di khalayak umum dianggap perkara biasa 14.   Permainan muzik merata rata 15.   Umat akhir zaman ini sewenang wenangnya mengutuk umat umat permulaan termasuk para sahabat Nabi s.a.w,tabi'in dan para imam muk...