Krisis Mesir: Sebuah Catatan Peribadi
Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari ke 7 Umat Islam diseluruh dunia berpuasa. Rasanya masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat seluruh Umat Islam di seluruh dunia yang menyambut ketibaan Tetamu Agung ini. Semoga puasa kita tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya dan mendapat pahala yang penuh dari Allah s.w.t nanti Insyallah. Hari ini terasa nak kongsikan pandangan peribadi dengan rakan sekalian berkenaan dengan krisis yang melanda Mesir yang telah bermula pada malam 3 Julai 2013 yang lalu yang menyaksikan Presiden Sah Mesir, Dr Mohammed Morsi yang telah dipilih secara sah oleh rakyat Mesir dalam Pilihanraya Mesir telah digulingkan oleh tentera negaranya sendiri. Saya membaca beberapa kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pemimpin - pemimpin Islam dalam negara ini yang mengeluarkan pendapat masing - masing berkenaan dengan isu yang melanda Mesir ini. Saya bukanlah orang yang terbaik untuk mengulas isu ini kerana kekurangan fakta...