Skip to main content

Yang Bertutup itu Indah



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua rakan yang masih mengikuti entri blog ini. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dalam meneruskan kerja seharian. Amin…..

Hari ini ingin dikongsikan berkenaan dengan “yang bertutup itu indah”. Tajuknya memang sengaja difokuskan kepada wanita. Perkara ini merupakan perkara asas sebagai seorang wanita islam dalam kehidupan seharian. Menutup aurat dengan sempurna memang menjadi kewajipan bagi setiap wanita muslim sama ada suka atau tidak.

Menutup Aurat berbeza dengan Membungkus Aurat. Kebanyakan yang saya lihat sekarang, ramai wanita membungkus aurat mereka, bukan menutup aurat dengan sempurna. Kadang – kadang mereka menyangka sudah menutup aurat dengan sempurna, tetapi rupanya tidak sebenarnya.

Amat sukar nak mencari yang menutup aurat dengan sempurna. Ada yang pakai tudung, tapi baju pula sendat dan ketat. Dah pakai baju cantik, tudung pulak tak pakai. Ada yang tiru gaya artis - artis berfesyen. Apa nak jadi budak - budak zaman sekarang….. 

Yang paling senang, pakailah pakaian yang menutup aurat, yang tidak ketat dan tidak menjolok mata. Insyallah yang dilihat tidak dikata, yang melihat tidak mengata.


Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. An Nur, 31

 


Comments

Popular posts from this blog

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan

Semalam, 3 Disember 2014, genaplah sebulan saya bekerja di Flextronics (P5, Perai, Pulau Pinang). Ini catatan pertama dan terakhir saya untuk entri kerja kilang ini. Sebab apa.......baca sampai habis entri kali ini.

Alhamdulillah, niat untuk mencari pengalaman bekerja sebagai "mat kilang" sudah tercapai dan terlaksana. Sejarahnya bermula kalau tak silap pada 27 Oktober 2014 di Dewan Majlis Daerah Machang, Kelantan. Temuduga terbuka telah diadakan disana dan saya telah mengunjunginya dan dipendekkan cerita, berjaya dalam "temuduga" sebagai Operator Pengeluaran di kilang Flextronics, Penang (tak da lah temuduga sangat, isi borang dan jawab soalan matematik sikit, dah dapat). Orang kata rezeki lah sebab memang kilang ni nak pakai ramai Operator. Beberapa ratus orang jugak lah nak pakai.

Sebab utama saya tertarik nak bekerja disini selain ingin mencari pengalaman kerja sebagai pekerja kilang adalah disebabkan oleh ada hostel yang disediakan oleh kilang (Flat di Taman Sun…

Cabaran Pekerja Baru BDE Allianz Malaysia

Semalam, genap 4 hari saya mencuba nasib bekerja sebagai seorang Business Development Executive (BDE) di syarikat Allianz Malaysia Kota Bharu. Jawatan yang memang berbeza dengan apa yang saya harapkan dan bukan dalam bidang pengajian. Walau apa pun, saya nak cuba kerja dalam bidang ini dahulu. Cari pengalaman dalam bidang yang lain...
Masa tengok iklan di laman web masa dulu, memang menarik tawaran dia. 
Iklan dia kat bawah ni....
Kerja Kosong Clerk Admin/Executive - 28 Feb 2015 Jawatan Kosong Clerk Admin/Executive
Peluang bekerja di Syarikat Kewangan Terkukuh di Malaysia
Syarat-syarat bagi permohonan jawatan Clerk Admin/Consultant
-Kelayakan Spm,Diploma,Degree -Minimum Umur 21-30 tahun -Mempunyai kenderaan sendiri -Tiada Pengalaman/ Berpengalaman dialukan -Training disediakan -Berpewatakan Menarik
Berminat sms nama, umur,lokasi & jenis kenderaan ke 0183198023 contoh: zaara, 25 tahun, kuala lumpur, kereta hantar ke 0183198023
2 Mac 2015 yang lalu, saya dipanggil untuk sesi temuduga di Pejabat A…

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua yang masih mengikuti saya di Blog SERAIKAYU123 ini. Semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.
Hari ini, entri yang ingin dicoretkan di sini adalah berkenaan dengan Interview Sekretariat JPK Jasmine Tahun 2011.
Teringat dengan sesi Interview Sekretariat yang saya pernah jalankan bersama – sama dengan Majlis Tertinggi JPK Jasmine pada sekitar tahun 2011 yang lalu untuk memilih beberapa kekosongan bagi jawatan Sekretariat, iaitu pembantu kepada EXCO JPK. antara jawatan yang kosong bagi sekretariat pada masa itu seingat saya adalah seperti Sekretariat Akademik, Kepimpinan, Disiplin &  Keselamatan, Aduan & Kebajikan, Kreativiti & Inovasi, Publisiti & Multimedia, Perhubungan Dalaman, Perhubungan Luar & Antarabangsa, Agama & Kerohanian, Kesenian & Kebudayaan , Sukan & Rekreasi dan Keusahawanan.
Pengalaman sebagai Panel Penemu duga dalam sesi temu duga yang diadakan memang kalau diingat boleh me…