7 Tips Menjadi Pekerja Cemerlang Muhasabah Niat Bekerja
Amalkan
Bermuhasabah
dalam diri sendiri. Kajilah apa sebab yang menjadi penyebab anda bekerja seharian. Adakah kerana dibayar gaji, hanya mahukan
gaji atau apa. Ada orang yang bekerja hanya kerana mahukan gaji tetapi malas
dan ada juga orang yang menjadikan tangga gaji sebagai pemangkin kejayaan.
Secara tidak langsung ia di sertakan dengan komitmen, fokus, produktiviti dan
seumpamanya.
Lakukan
lebih daripada apa yang perlu
Ini lebih bergantung kepada diri sendiri. Lakukan
lebih daripada apa yang perlu. Timbulkan rasa seronok dalam kerjaya dan tempat
anda bekerja sehingga tidak sedar masa berlalu.
Jangan
hiraukan orang lain jika mereka berkata anda tunjuk rajin dan sebagainya. Itu adalah kerjaya dan komited anda dalam
bekerja. Jadilah seorang pekerja yang
proaktif yang membantu kawan tetapi perlulah ada batasannya.
Merupakan
salah satu elemen yang penting untuk menjadi seorang pekerja yang cemerlang.
Ini secara langsung dapat menunjukkan anda sebagai seorang yang berkaliber dan
berkarisma ketika bercakap atau berucap.
Pekerja
yang cemerlang sentiasa ingin memajukan diri dan prestasi kerjanya. Maka untuk
menjadi pekerja yang cemerlang, hendaklah sentiasa memiliki ilmu dan menambah
ilmu sama ada dari segi teori mahupun praktikal agar dapat menjadi seorang pekerja yang cemerlang di tempat kerja.
Tidak
kira siapa, hormat menghormati merupakan perkara yang wajib untuk menjadikan
diri seseorang itu tampak cemerlang dan baik hati. Walaupun kita memegang jawatan yang besar. hormatilah orang bawahan kita. Jadikan mereka sebagai kawan kita.
Adalah
penting kerana ia akan mewujudkan persepsi dari orang lain. Jika kemas maka
persepsi yang wujud adalah positif dan sebaliknya. Pekerja yang cemerlang
sentiasa mempamerkan kekemasan bukan saja pada diri bahkan pada setiap aspek.
- Dipetik dan diubahsuai daripada karangan Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, I LUV Islam, 21 – 27 Januari 2011, 08
Jangan beri dalih, tapi kata
boleh.
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS