Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

Kenangan IJN 2013

Imej
       Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua. Semoga berada dalam keceriaan dan kebahagiaan selalu...   Alhamdulillah, hari ini telah tamat Latihan Praktikal bersama IJN selama lebih kurang sebulan. Seramai 67 orang pelajar menyertai latihan tersebut yang melibatkan UiTM Kampus Puncak Perdana dan UiTM Kampus Segamat.   Berbagai - bagai kenangan dan rintangan yang dilalui semasa kami berpraktikal. Ada kenangan manis, kenangan pahit dan segala macam pengalaman yang berharga yang dapat kami timba sepanjang latihan praktikal tersebut.   Yang paling tak boleh dilupakan ialah driver bas tak tahu jalan ke IJN. Memang kelakar tahap dewa. Ada ke driver tak tahu jalan. Sepatutnya, mereka kena tahu jalan sebelum pergi.   Ada juga beberapa kali datang kerja lewat. Kalau kerja betul, memang kena sound dengan bos dah. Nasib baik bos kami baik dan memahami.   Sepanjang pengalaman juga ramai kawan baru yang kami dapat. Dari segamat dan juga dari puncak...  

Yang Bertutup itu Indah

Imej
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua rakan yang masih mengikuti entri blog ini. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dalam meneruskan kerja seharian. Amin….. Hari ini ingin dikongsikan berkenaan dengan “yang bertutup itu indah”. Tajuknya memang sengaja difokuskan kepada wanita. Perkara ini merupakan perkara asas sebagai seorang wanita islam dalam kehidupan seharian. Menutup aurat dengan sempurna memang menjadi kewajipan bagi setiap wanita muslim sama ada suka atau tidak. Menutup Aurat berbeza dengan Membungkus Aurat. Kebanyakan yang saya lihat sekarang, ramai wanita membungkus aurat mereka, bukan menutup aurat dengan sempurna. Kadang – kadang mereka menyangka sudah menutup aurat dengan sempurna, tetapi rupanya tidak sebenarnya. Amat sukar nak mencari yang menutup aurat dengan sempurna. Ada yang pakai tudung, tapi baju pula sendat dan ketat. Dah pakai baju cantik, tudung pulak tak pakai. Ada yang tiru gaya artis - artis berfesyen. Apa nak

Rahsia PEPSI

Imej
Tengok video ini dan cuba fahamkan..... Selamat Menonton

7 Tips Menjadi Pekerja Cemerlang Muhasabah Niat Bekerja

Imej
  Amalkan   Bermu hasabah dalam diri sendiri. Kajilah apa sebab yang menjadi penyebab anda bekerja  seharian. Adakah kerana dibayar gaji, hanya mahukan gaji atau apa. Ada orang yang bekerja hanya kerana mahukan gaji tetapi malas dan ada juga orang yang menjadikan tangga gaji sebagai pemangkin kejayaan. Secara tidak langsung ia di sertaka n dengan komitmen, fokus, produktiviti dan seumpamanya.          Lakukan lebih daripada apa yang perlu         Ini lebih bergantung kepada diri sendiri. Lakukan lebih daripada apa yang perlu. Timbulkan rasa seronok dalam kerjaya dan tempat anda bekerja sehingga tidak sedar masa berlalu.      Komitmen   Jangan hiraukan orang lain jika mereka berkata anda tunjuk rajin dan sebagainya.  Itu adalah kerjaya dan komited anda dalam bekerja.  Jadilah seorang pekerja yang proaktif yang membantu kawan tetapi perlulah ada batasannya.     Kemhiran Komunikasi   Merupakan salah satu elemen yang penting untuk menjadi seorang pekerja yan

Hacker

Imej
Ada ilmu, jangan diguna untuk buat perkara yang boleh manyakitkan hati orang lain. Jaga hati orang lain sama macam kita jaga hati mak kita. Jangan kacau privacy seseorang. Apa guna belajar ilmu tinggi - tinggi semata mata nak tengok result peperiksaan orang lain.   Ingat benda tu orang suka ke??? Cuba bayangkan orang lain yang hack awak punya privacy. Macam mana rasa???? Hormati privacy orang lain k alau nak dihormati. Perkara yang sulit, biarlah yang punya badan sahaja tahu. Tak payah nak jadi bagus sangat sebar dekat orang lain sedangkan tuan punya badan sendiri pun tak tahu. Kalau rasa ilmu tu hebat, hack Kerajaan Israel Laknatullah. Hack kewangan dan pentadbiran Kerajaan Yahudi. Baru betul hackers... "Kadang kala lebih baik berterus terang dalam sesuatu hal daripada berkias"   Ni yang saya post dekat Facebook beberapa hari lalu sebab keputusan peperiksaan kami kena "hack" oleh orang yang tidak bertanggungjawab.   Macam mana tuan punya badan t

Meteor Terhempas di Rusia

Imej
MOSCOW - Rusia mengerah pasukan seramai 20,000 anggota ke pergunungan Ural untuk operasi menyelamat dan membersih susulan insiden meteor seberat 10 tan terhempas di wilayah timur negara itu, semalam. Presiden Vladimir Putin mengarahkan operasi itu bagi membantu 1,200 orang  yang cedera termasuk 200 kanak-kanak, kebanyakannya cedera akibat terkena serpihan kaca. Pancaran cahaya yang cukup terang dapat dilihat dan menggegarkan bangunan ketika meteor terhempas pagi semalam. Putin turut menzahirkan rasa syukurnya kerana tiada serpihan meteor seberat 10 tan itu terhempas ke kawasan yang padat berpenduduk. Ia bagaimanapun memasuki atmosfera bumi dan pecah kira-kira 30 hingga 50 kilometer dari atas tanah. Menurut Akademi Sains Rusia, meteor itu melepaskan tenaga yang boleh menyamai senjata atom kecil. “Letupan itu begitu kuat dan mampu memecahkan beberapa buah tingkap di bangunan kami dan bangunan sekitar,” kata Polina Zolotarevskaya, penduduk Chelyabinsk kepada BBC. Rantau itu terl

Selamat Pengantin Baru...

Imej
  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca blog sekalian. Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya... Dah lama tak update log ni...Last update entry bulan Januari yang lalu. Banyak kerja tak sempat nak update entry baru dalam blog ni. Ni ada sedikit masa luang nak update blog ni tentang kenduri perkahwinan sepupu saya, Fazlee bin Shukri dengan pasangan Azie (nama penuh tak tahu) yang telah selamat dijalankan pada hari ini di Jalan Tanjung Damai 22, Poskod 31150, Ulu Kinta, Perak Darul Ridzuan... Kalau nak kira memang ramai juga yang ikut ke kenduri ini dari pihak lelaki. Ada lah dalam 15 buah kereta kot. Saya tumpang kakak nak ke majlis tersebut.. Insyallah minggu depan, cuti raya cina akan diadakan kenduri di sebelah pihak lelaki pulak. Memang kena baliklah walaupun tiket bas dah habis sebab ini sepupu last saya. Tumpang kakak saya yang nak balik j