Tips Presentation
Pengurusan Eksekutif dan Pegawai E-Syahadah Techno Sdn Bhd |
Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera buat semua. Semoga kita semua masih lagi dalam keadaan
sihat sejahtera agaknya.
Lebih kurang
jam 3.50 petang khamis, 20 Disember 2012 yang lalu, saya dan rakan – rakan lain baru selesai menjawab test
Information System Management IMS 552 dan sudah selesai juga Test Decision Theory IMS555 pada 21 Disember 2012 yang lalu. Saya mengambil sedikit masa yang ada ini
untuk mencoret sesuatu di blog ini. Semoga memberi manfaat dan menjadi kenangan
buat saya dan semua yang sudi membaca entri ini.
Presentation
Minggu lepas
menyaksikan banyak presentation yang sudah dijalankan oleh penulis dan rakan –
rakan. Bermula hari Isnin, 17 Disember 2012 lalu, saya present IMR 604 dan IMR
605. Diteruskan pula pada 18 Disember 2012 yang lalu dengan Final Presentation
IMR 606. Banyak kan? Ha baru tahu.
Dalam
presentation itu, kami diberi beberapa tips yang berguna selepas selesai
present. Antaranya adalah:
- Jangan baca slide
Ini
masalah yang saya dan rakan – rakan hadapi. Baca slide. Beberapa kali sudah
ditegur oleh Pensyarah tentang JANGAN BACA SLIDE MASA PRESENTATION. Ini akan
membuatkan orang yang melihat dan mendengar bosan dan mungkin akan tertidur.
Tak boleh
tak tengok slide, tak leh nak present? Ini bukan alasan untuk baca slide yang panjang berjela macam karangan. Practice,
practice and practice. Memang mula – mula terasa susah, lama kelamaan akan
senang. Apa yang penting ialah praktis selalu. Jangan hirau apa yang orang lain
nak kata. Praktis akan membuatkan kita lebih bersedia untuk menghadapi penonton
dalam presentation nanti.
- Cuba gunakan Bahasa Inggeris
Masalah
tak pandai Bahasa Inggeris? Saya pun bukannya bagus sangat dalam Bahasa Inggeris
ini. Lots of improvements need to do. Apa yang saya suka buat ialah cuba
gunakan Bahasa Inggeris dalam percakapan harian. Bukannya semua dalam BI. Mix
pun tak apa. Apa yang penting macam yang saya kata tadi ialah praktis, praktis
dan praktis. Jangan hirau apa orang nak kata. Ikut dialah. Yang penting cuba..
- Jangan pegang kertas
Ini juga
yang ditegur oleh lecturer saya lepas kami present. Bila kita pegang kertas,
akan nampak kurang keyakinan nak present. Yang ditulis pun sama panjang dengan
yang kat slide. Baca pulak, memang orang tak akan beri tumpuan bila kita
bercakap. Konklusinya, jangan pegang kertas.
- Energy
Present
ok, tapi tak bertenaga. Macam kopi pekat, tapi tak ada gula. Memang tak sedap.
Memang orang tak akan berminat. Masukkan tenaga dalam presentation kita. Bila
kita bertenaga, present akan bertenaga. Ini akan menarik minat orang untuk
focus kepada presentation kita. Kalau present macam nak menangis, orang yang
dengar pun akan menangis. Suara yang slow akan membuatkan penonton menjadi layu, mungkin tertidur...
- Kuatkan suara
Suara
memang merupakan elemen utama dalam presentation selain bahan visual yang kita
tunjukkan sebagai alat bantu. Kalau suara kita kuat, akan menarik minat
penonton/pendengar untuk mendengar dan memberi perhatian kepada presentation
kita dan sebaliknya jika suara kita macam berbisik dalam kelambu, akan
terjadilah sebaliknya. Jadi gunakan suara kita untuk menarik minat orang untuk
mendengar presentation kita.
Ini antara pengalaman dan tips yang sempat dikongsikan oleh lecturer saya
dalam presentation. Memang banyak lagi nak tulis dalam entri ini, tapi mungkin
ini sudah memadai untuk waktu ini. Semoga berjumpa lagi di lain masa dalam entri yang lain.
[Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan pengalaman dan
nasihat yang diberikan oleh lecturer saya. Tiada niat nak menghina mana – mana
pihak. Ambillah yang baik sebagai panduan, jadikan mana – mana yang buruk
sebagai sempadan dalam kehidupan]
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS