Saturday, 29 December 2012

Nilai Utama Dalam Etika Kerja Sebagai Ibadah



(MUST READ!!!)

  • Amanah
v Sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

  • Benar
v Benar pada niat dan perbuatan. Contohnya mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa niat tersembunyi ataupun mengharapkan balasan.

  • Bijaksana
v Menggunakan pemikiran dengan bijaksana dalam membuat keputusan dan tindakan sesuai dengan masa serta keadaan.

  • Bersyukur
v Perasaan dan perlakuan yang menghargai nikmat dan pemberian yang diterima.

  •  Dedikasi
v Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga secara berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti.

  •  Ikhlas
v Berhati suci dalam melaksanakan tanggungjawab untuk menghasilkan kerja yang terbaik tanpa mengharapkan ganjaran.

  •  Adil
v Memberikan layanan yang baik, tanpa mengira pangkat, status atau kedudukan dan tidak bersikap pilih kasih.

  • Penyayang
v Perasaan dan perlakuan yang menunjukkan sikap memahami, menghargai dan mengambil berat.


Sumber: Ustaz Hj Jamaluddin Halid, I LUV Islam

  • Tanam minat yang mendalam terhadap sesuatu kerja yang di lakukan

  • Orang Malas mencari alasan, Orang Rajin mencari jalan…

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum W.B.T

Cer Komen SIkit...hi3

Kutipan Derma