Bedah Cerita “Sorok Bau Budu”
Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera buat semua.
Alhamdulillah,
saya baru sampai beberapa jam yang lalu di Shah Alam ni. Tak semena mena nak
tengok cerita “Sorok Bau Budu”. Dah tengok dulu, tapi tak habis. Alhamdulillah
dah habis. Saya nak kongsikan beberapa nilai yang saya dapat dalam cerita ini.
Buat
permulaan, cerita ini mengisahkan tentang orang Kelantan yang berhijrah ke
Kuala Lumpur. Memang menarik cerita ini. Jom tengok apa yang saya dapat dalam
cerita ini. Ini hanya sebahagian sahaja nilai yang saya dapat coretkan disini. Yang lain boleh tengok
sendiri.
- Tak mengaku orang Kelantan
Ini
tema utama yang dibawakan dalam cerita ini. watak yang dibawakan oleh
Zulhuzaimy memang berkesan. Dalam cerita ini, ayah Zulhuzaimy lakonan Sabri
Yunus (Pok Hing) marah sangat kepada anak dia Zulhuzaimy (Deris). Ada patut tak
mengaku anak Kelantan. Ish3.. Sanggup dia tipu ayah dan mak dia sampai dia tak
mengaku dia anak Kelantan.Jangan malu nak mengaku kita anak Kelantan walau
dimana kita berada.
- Jangan putuskan hubungan kekeluargaan walau apa pun yang berlaku
Ini
yang berlaku dalam cerita ini apabila
Mustafa Kamal dah tak balik ke Kelantan selama 25 tahun. Hubungan kekeluargaan
terputus selama itu. Moralnya, jangan sesekali putuskan hubungan kekeluargaan
kita.
- Balik bila hari Raya
Dalam
cerita ini, Zulhuzaimy dah tak balik kampung selama 3 tahun. Lama tu.
Sehinggakan ibubapa dia ke Kuala Lumpur semata mata ingin meminta anaknya itu
balik ke kampung Hari Raya Haji nanti. Akhirnya dia balik jugak nak dijadikan
cerita. Ada kelapangan, baliklah jenguk mereka sementara mereka masih disisi.
Jangan nanti mereka dibalut kain putih baru kita nak jenguk. Dah terlambat….
- Orang tua tahu baca air muka
Bila
diminta oleh Sabri Yunus kepada Zulhuzaimy agar membawa mereka berjalan – jalan
sekitar Kuala Lumpur, riak wajah Zulhuzaimy menunjukkan dia tak ingin membawa
ibu dan bapanya berjalan – jalan sehinggakan Sabri Yunus berkata “Saya kenal
air muka dia,macam dia tak suka kita datang sini”. Mereka pasti kenal air muka
kita sebab mereka yang membesarkan kita dari kecil hingga dewasa.
- Berbanggalah menjadi orang Kelantan
Apa
yang dinyatakan oleh Sabri Yunus dan Mustafa Kamal (En Hussin) amat memberi
kesan buat saya sebagai penonton. Mustafa Kamal mahu anaknya lakonan Almy Nadia
(Fina) mengerti tentang budaya yang terdapat di Kelantan. Kelantan sebagaimana
yang semua sedia maklum terkenal dengan pelbagai jenis kebudayaan. Mak Yong,
Dikir Barat, Menora, Rebana Ubi, Wau Bulan dan lain – lain. Kebudayaan kita
mesti dipertahankan selagi ianya bersesuaian dan mengikut syariat.
“Kita manusia ini ibarat wau di langit, walau
tinggi mana kita terbang, tetapi ianya tidak akan terlepas dari tali yang
mengikat wau tersebut”.
Saya
bangga menjadi anak Kelantan
[Ini adalah pandangan peribadi penulis, tiada kaitan dengan antara yang hidup dan yang mati]
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS