Dugaan dalam Kehidupan ;)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua. Semoga hari ini menjadi hari yang lebih baik dari hari semalam buat kita semua. Selamat Hari Jumaat juga diucapkan kepada semua, semoga kedatangan Penghulu Segala Hari ini akan membuatkan kita lebih bersemangat dalam menempuhi hari ini. Insyallah...
Dah lama tak jenguk blog ni. Rasa ada sesuatu yang hendak dicoretkan untuk menjadi kenangan dan mungkin suatu iktibar buat semua yang sudi membaca coretan ini. kena tulis cepat - cepat, sebab lepas ni kelas Decision Theory, Pn Norizan Anwar.
Dalam kehidupan sebagai seorang yang bergelar PELAJAR, memang banyak cabaran dan dugaan yang kita akan hadapi samada dalam keadaan sedara ataupun tidak. Samalah juga dengan saya. Memang banyak cubaan dan halangan dalam menghadapi liku - liku kehidupan sebagai seorang pelajar.
Cabaran yang paling besar ialah lambakan tugasan yang perlu disiapkan dalam satu - satu masa. Dah akhir - akhir minggu pengajian ini, memang banyak tuagsan yang diberi, kena siapkan. Penulis sendiri pun banyak tuagsan yang perlu disiapkan minggu ini. Antaranya ialah IMR604, IMR605 dan IMR606. Minggu depan juga akan menyaksikan banyak presentation yang perlu dibuat untuk subjek IMR604, IMR605 dan IMR606. Test IMS555 dan IMS552 juga akan mengambil tempat minggu hadapan.
Selain test dan tugasan, saya juga akan sibuk shooting Bahasa Arab. Ini memang menajdi keperluan setiap Bahasa Ketiga untuk buat video. Yang ini paling banyak cabarannya. Kadang - kadang rasa down, rasa tertekan dan juga rasa putus asa. Nasib baik ada kawan yang sudi menyokong saya dalam hal ini.
Kalau diikutkan, hari ini saya akan shooting Bahasa Arab. Dan kalau diikutkan jadual yang telah ditetapkan, insyallah hari ini nak habiskan semua scene yang masih lagi berbaki 4. Tapi, kita merancang, Allah jua merancang. Tetapi perancangan Allah lebih baik dan terbaik.
Semalam seorang ahli kumpulan saya memaklumkan kepada saya bahawa dia ada kelas ganti petang ini. Hah?. Memang nak marah pada mulanya. Sebab saya dah plan nak shooting ni dari minggu lepas lagi. Siapa tak marah? Kalau dah bagitahu dua hari sebelum tak apa lah. Masalahnya kereta dah tempah, semua dah plan. Akhirnya, kena buat backup plan. Settle semua. Hu3.
Inilah yang kita kata sebagai perancangan. Kita merancang, Allah juga merancang. Tetapi perancangan Allah lebih teliti. Itulah antara cubaan dalam kehidupan bergelar PELAJAR. Kalau nak tulis memang tak tertulis.
Cukup sampai disini sahaja....
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS