Bedah Cerita “Sorok Bau Budu”
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua. Alhamdulillah, saya baru sampai beberapa jam yang lalu di Shah Alam ni. Tak semena mena nak tengok cerita “Sorok Bau Budu”. Dah tengok dulu, tapi tak habis. Alhamdulillah dah habis. Saya nak kongsikan beberapa nilai yang saya dapat dalam cerita ini. Buat permulaan, cerita ini mengisahkan tentang orang Kelantan yang berhijrah ke Kuala Lumpur. Memang menarik cerita ini. Jom tengok apa yang saya dapat dalam cerita ini. Ini hanya sebahagian sahaja nilai yang saya dapat coretkan disini. Yang lain boleh tengok sendiri. Tak mengaku orang Kelantan Ini tema utama yang dibawakan dalam cerita ini. watak yang dibawakan oleh Zulhuzaimy memang berkesan. Dalam cerita ini, ayah Zulhuzaimy lakonan Sabri Yunus (Pok Hing) marah sangat kepada anak dia Zulhuzaimy (Deris). Ada patut tak mengaku anak Kelantan. Ish3.. Sanggup dia tipu ayah dan mak dia sampai dia tak mengaku dia anak Kelantan.Jangan malu nak mengaku kita anak Kelanta...