Sambungan Sifat Pemarah





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua yang masih mengenali diri ini dan masih setia mengikuti blog saya ini. Insyallah saya akan terus menulis tentang perkara yang boleh memberikan sedikit sebanyak ilmu yang berguna buat semua…

Beberapa hari yang lalu saya ada menulis tentang sifat Pemarah dalam entry terbaru blog ini. Hari ini insyallah saya akan kongsikan tentang beberapa jenis cara marah yang saya perhatikan dalam kalangan rakan – rakan saya dan juga dalam persekitaran kita ini.

Antara cara marah yang saya temui ialah seperti yang berikut:

Direct to the point

Ada antara kita yang suka marah seseorang itu direct to the point. Maksudnya marah secara terus kepada yang berkenaan.  Cara ini mungkin terjadi bila kita dalam keadaan yang tersangat marah, tekanan yang melampau dan juga mungkin kesalahan yang dibuat oleh orang yang berkenaan adalah besar.
 
Berkias

Ada juga dalam kalangan kita yang suka berkias bila marah. Ni bukan cara lama atau cara kuno dalam marah. Mungkin ingin menjaga hati orang yang dimarah agar perhubungan atau persahabatan kekal lama.

Marah dalam Facebook atau Twitter

Ni satu lagi yang menjadi cara bagi seseorang bila marah. Tulis dalam Facebook atau Twitter. Ni memang menjadi trend masa kini. Nak marah pada seseorang main tulis je dalam Twitter atau Facebook. Tak percaya, tengok kes artis berbalah..Majoritinya sebab post kat Fb atau Twitter.
 
Marah secara umum

Ini satu lagi cara yang menjadi kesukaan dalam nak marah pada seseorang. Marah semua yang ada atau marah secara umum. Ni boleh menyebabkan semua orang sedar kesalahan yang dilakukan dan cuba membetulkan keadaan walaupun yang kita nak marah dekat seorang sahaja.

Saya suka cara sebegini dalam mengemudi persatuan satu ketika dulu.

Walau apapun cara anda nak marah, ingatlah marah merupakan satu sifat syaitan.... 

Jangan marah tak tentu pasal...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan