Motivasi Pelangi: Dr H M Tuah Iskandar
1. Hijau: Mereka ini ialah orang yang sentiasa melihat
sesuatu dari sudut positif. Mereka meletakkan harapan pada segalanya. Mereka
memberi ketenangan kepada kita. Dalam keserabutan, mereka seolah – olah membawa
kandil.
2. Biru: Mereka datang dengan membawa kedamaian dan
rasa tenteram dalam hidup kita. Mereka adalah warna biru yang selalunya
menghiasi langit dan lautan.
3. Kuning: Mereka membawa keceriaan dalam hidup kita.
Mereka datang dengan membawa pelbagai jenaka yang membuatkan kita tertawa.
Mereka ibarat bintang yang mengerlipkan hidup kita tatkala kita bersedih.
4. Merah: Mereka selalu mengingatkan kita tentang undang
– undang kehidupan dan menyarankan kita berubah tatkala kita lemah dan tiada
wawasan. Mereka datang dan membakar semangat kita untuk bangkit dan terus
melangkah.
5. Oren: Mereka
membawa penunu yang sentiasa menghangatkan keinginan kita untuk gemilang dan
cemerlang. Mereka memberi kita tenaga dan vitamin untuk kita berkembang.
6. Kelabu:
mereka mengajarkan kita untuk senyap, mendengar dan menerima keadaan. Mereka
selalu mengajar kita untuk mengenali diri kita sendiri.
7. Ungu: Mereka ialah orang yang datang membawa
kepintaran dan kebijaksanaan hinggakan kita turut menjadi bijak seperti mereka.
8. Coklat: Mereka membantu kita untuk berundur tatkala
patut berundur. Mereka memperlihatkan pada kita illusi yang silap dan berpijak
di bumi yang nyata. Mereka juga mengajarkan kita untuk menikmati hidup
seadanya.
9. Putih:
Merekalah yang membantu kita meneroka dalaman kita sendiri, belajar tentang
suara hati dan kejujuran yang telah sedia ada di situ, selalunya kita terlupa
dan terlepas pandang.
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS