The Power of Hands
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selamat meneruskan
Hari Raya kepada semua rakan blogger yang masih lagi mengikuti blog saya ini dan
juga kepada rakan yang sudi membaca tulisan di blog ini. semoga memberi manfaat
kepada semua.
Tak ada kerja nak buat masa raya ni, saya mengambil
kesempatan untuk menulis sesuatu untuk dikongsikan dengan rakan – rakan
sekalian. Fikir punya fikir, apa yang nak ditulis?? Tiba – tiba saja keluarlah
tajuk “ The Power of Hands”. Apa sebenarnya ini?? nanti saya akan terangkan
nanti… sabarya..
Saya ingin kongsikan beberapa fungsi tangan yang
dianugerahkan oleh Allah kepada kita semua. Moga – moga menjadi panduan kepada
semua.
Menulis
Ini merupakan satu daripada fungsi tangan yang kita semua
tahu. Tangan digunakan untuk menulis apa – apa yang ingin ditulis dalam apa jua
media sekalipun. Saya pun menulis entri blog ini dengan menggunakan tangan. Apa
yang kita tulis samada baik atau buruk akan memberi kesan kepada kita. Tulis
baik dapat pahala manakala tulis jahat pula kan mendapat dosa. Baik – baiklah
dalam penulisan kerana kita akan dipertanggungjawabkan kelak dengan apa yang
kita tulis nanti.
Memegang sesuatu
Tangan juga digunakan untuk memegang sesuatu samada pen,
gelas atau sebagainya. Kegunaan tangan ini yang berfungsi sebagai perantaraan
untuk kita makan dan minum juga fungsi tangan. Pegang sudu untuk makan atau
pegang gelas untuk minum adalah antara fungsi tangan.
Menghentikan Kenderaan
Ini salah satu yang saya perhatikan dengan fungsi tangan.
Untuk menghentikan kenderaan semasa melintas jalan. Tapi jangan dilakukan di
jalan besar. Susah. Ni untuk melintas di jalan kecil sahaja. Kalau dekat
lebuhraya, gunakanlah jejantas yang disediakan. Jangan cari nahas pulak. Nak
stopkan kenderaan mudah sahaja. Hanya angkatkan tangan kepada kenderaan ketika
anda berada di tengah jalan.
Tapi waspada. Ada juga segelintir pemandu yang tak memberi
kerjasama. Pandai – pandailah nak hidup…
Sekian sahaja entri blog ini. Semoga memberi manfaat dan
jumpa lagi lain kali dalam entri blog yang lain.
Ini merupakan suatu pandangan peribadi penulis.
Tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Salah silap mohon dibetulkan…
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS