PERISTIWA DALAM HARI ISLAM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua rakan blog
yang mengenali diri ini. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang Yang
Beriman dan dihapuskan segala dosa oleh Allah s.w.t. Insyallah…
Sedang belek – belek kitab yang ada atas rak kat umah ni,
ternampaklah satu risalah yang bertajuk “ Selawat Ke Atas Nabi”. Saya pun
ambillah tengok. Risalah selawat yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam
Kelantan (JAHEIK) ada sesuatu yang boleh kita kongsikan. Dalamnya ada ditulis “Peristiwa Yang Berlaku
Dalam Hari Hari Islam”. Saya akan tuliskan disini. Moga – moga menjadi bahan
bacaan yang bermanfaat buat kita semua..
Dalam Kalendar Islam(Hijrah), nama hari yang tujuh itu ialah
Ahad yang bermaksud satu, Isnin yang bermaksud dua, Selasa yang bermaksud tiga,
Rabu yang bermaksud empat, Khamis yang bermaksud lima, Jumaat ertinya berhimpun
dan Sabtu ertinya memotong. Adapun peristiwa yang berlaku pada hari yang
berkenaan adalah seperti yang berikut:
AHAD
- Allah menjadikan alam ini
- Allah menjadikan bintang – bintang dilangit
- Allah menjadikan api neraka
- Allah menjadikan bumi sebanyak tujuh langit
- Allah menjadikan tujuh jenis lautan
- Allah menjadikan tujuh anggota manusia
ISNIN
- Nabi Idris dinaikkan Allah ke langit
- Nabi Musa mengunjungi Bukit Thur Sina
- Bukti keesaan Allah diturunkan
- Junjungan Nabi Muhammad dilahirkan
- Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w
- Rasulullah s.a.w wafat
SELASA
- Nabi Yahya telah dibunuh
- Nabi Zakaria telah dibunuh
- Tukang sihir Firaun ditewaskan
- Aishah, isteri Firaun mati dibunuh
- Lembu Kaum Bani Israil dibunuh
- Habil dibunuh oleh Qabil
RABU
- Qarun hancur dimusnahkan oleh Allah s.w.t
- Firaun dan bala tenteranya hancur binasa
- Raja Namrud ditewaskan oleh tentera nyamuk
- Umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakan keras dari Malaikat Jibril
- Umat Nabi Hud dihancurkan Allah dengan angin taufan yang kuat
KHAMIS
- Saudara Nabi Yusuf telah menemuinya semula di Mesir setelah lama terpisah
- Nabi Yaakub bertemu semula dengan anaknya, Nabi Yusuf di Mesir Nabi Musa memasuki Mesir
- Nabi Muhammad S.A.W memasuki Kota Mekah
JUMAAT
- Nabi Adam berkahwin dengan Siti Hawa
- Nabi Yusuf berkahwin dengan Siti Zulaikha
- Nabi Sulaiman berkahwin dengan Puteri Balqis
- Rasulullah berkahwin dengan Siti Khadijah dan juga Siti Aisyah
- Ali bin Abi Talib berkahwin dengan Siti Fatimah
SABTU
- Nabi Nuh diperolok – olok oleh kaumnya
- Nabi Salleh ditipu oleh umatnya
- Nabi Yusuf ditipu oleh saudara – saudaranya
- Nabi Musa ditindas oleh Firaun
- Nabi Isa diperdayakan oleh Kaum Yahudi
- Nabi Muhammad menjadi Pengerusi di Sidang Darul Nadwah
Sumber: Risalah Selawat Keatas Nabi Jabatan Agama Islam
Kelantan (JAHEIK)
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS