Selamat Hari Raya Aidilfitri
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua....Harapnya masih lagi meneruskan Puasa dan saya pasti sudah bersiap sedia untuk menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang insyallah bakal disambut esok hari (19 Ogos 2012).
Alhamdulillah, segala puji hanya dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t kerana masih lagi memberikan kita nikmat yang tidak terhingga dalam menghadapi Bulan Ramadhan yang datang hanya setahun sekali saja ni. Sedar tak sedar, hari ini merupakan hari terakhir bagi umat Islam di Malaysia berpuasa. Setelah lebih kurang kita berpuasa, maka Ramadhan AL Mubarak bakal meninggalkan kita semua setelah bersama dengan kita selama sebulan.
Terasa baru semalam kita berpuasa, tetapi sepertimana yang saya katakan diatas, hari ini adalah hari last kita berpuasa. Esok kita akan berhari raya. Adalah diharapkan agar segala amalan dan Ibadat Puasa kita akan diterima oleh Allah s.w.t dan kita mengharapkan agar Allah mempertemukan kita dengan Bulan Ramadhan yang akan datang.
Saya pasti semua sudah bersiap sedia nak sambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri. Samalah dengan saya dan keluarga. Bagi masyarakat kita, sudah menjadi kelaziman mengemas rumah, buat kuih muih dan sebagainya bagi menghadapi Hari Bahagia nanti..
Apa yang saya nak kongsikan adalah beberapa Perkara Sunat yang boleh dilakukan pada Hari Raya ini. Semoga memberi manfaat buat kita semua...
- Menghidupkan malam Hari Raya dengan ibadat kepada Allah, kerana Malam Raya antara malam yang mustajab doanya.
- Mandi Sunat Hari Raya
- Memakai pakaian baru, wangi - wangian dan bersugi sebelum menunaikan Solat Sunat Aidilfitri
- Mengemaskan diri, memotong kuku dan hilangkan bau busuk dari badan
- Memperbanyakkan Takbir
- Datang awal ke Masjid atau Surau untuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri
- Makan sedikit sebelum solat. Sunnahnya Tamar/Kurma
- Menzahirkan kegembiraan pada wajah
- Ziarah menziarahi kaum keluarga, Jiran tetangga
- Bermaaf maafan antara semua
Semoga dengan peringatan diatas dapat menjadikan Hari Raya Aidilfitri kita tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya....
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS