Keputusan Exam: Baik ke Tak?
Tanggal 3 Ogos 2012 merupakan tarikh keramat buat semua
pelajar Ijazah Sarjana Muda khususnya bagi pelajar di UiTM Kampus Puncak
Perdana. Kenapa??
Sebab hari berkenaan adalah hari keputusan peperiksaan yang
telah diduduki lalu. Tak terkecuali bagi saya dan rakan – rakan yang lain.
Memang berdebar – debar rasanya nak tengok result. Pada 4 Ogos 2012 baru saya
dapat check result. Maklumlah tak ada internet kat rumah.
Sebelum saya menulis panjang, ingin dicoretkan disini ucapan
tahniah kepada yang mendapat Anugerah Dekan (AD) dalam peperiksaan yang lalu,
tahniah juga buat semua yang mendapat keputusan yang mencapai target diri
sendiri, tahniah buat yang hampir – hampir nak jadi dekan tapi tak jadi dan
tahniah juga kepada yang kurang berjaya.
Yang kurang berjaya juga diucapkan tahniah??? Kenapa
Dalam Facebook banyak diluahkan dan ditulis tentang result
masing – masing. Ada yang gembira dan juga ada yang berduka. Kenapa saya
ucapkan tahniah pada orang yang kurang berjaya?? Saya dan rakan – rakan yang
lain pernah mengalami cubaan ini. Tahniah kepada mereka sebab mereka sudah
berusaha dengan bersungguh – sungguh dalam menghadapi peperiksaan. Cuma kurang
berjaya sahaja…
Setiap daripada kita saya pasti pernah menghadapai
kegagalan. Betul tak?? Saya pun banyak jatuh bangun dalam dunia pendidikan ini.
kawan – kawan yang lain pun sama. Pernah berjaya dan pernah gagal. Itu adalah
lumrah dunia ini…
Ramai orang yang gagal merasa down. Memang kita merasa down.
Kita rasa down sebab kita dah usaha, tapi tak dapat dan sebaliknya ada orang
yang tak berusaha tapi dapat keputusan yang baik dari kita. Ini memang perasaan
biasa yang dialami oleh mana – mana orang sekalipun apabila menerima keputusan
yang tidak dijangka. Ada beberapa kes yang memang terjadi kepada kawan saya
sendiri. Tak perlulah dihuraikan disini..
Yang pertama ingatlah bahawa semua itu adalah Anugerah dan
Cubaan dari Allah kepada kita. Mungkin apa yang kita rasa baik untuk kita
adalah yang buruk bagi kita dan mungkin apa yang kita anggap buruk untuk kita
adalah perkara yang baik bagi kita. Samalah dengan keputusan peperiksaan ini…
Mungkin usaha kita kurang. Mungkin ini adalah ujian dariNya
bagi melihat kita lebih gigih berusaha pada masa hadapan. Apa yang penting
ialah kita mesti bangun untuk lebih bersemangat dalam menghadapi cubaan ini.
Dekatkan diri dengan Allah dan mohon doa agar diperkuatkan keazaman bagi
menghadapi cubaan ini. Jangan cepat mengalah. Kalau anda dah setkan dalam minda
bahawa anda tidak akan berjaya, anda akan terus gagal dalam kehidupan.
Anda yang kena bangkitkan semangat dalam diri sendiri.
Motivasikan diri sendiri dan jangan down. Tak guna kata – kata dan nasihat yang
diberikan sekiranya anda sendiri yang tak mahu berubah. Anda yang kena mulakan
perubahana ini. Anda boleh berjaya. Kami akan tetap bersama anda!!!
Beberapa kata motivasi untuk rujukan semua:
Belajarlah baripada kesilapan yang dilakukan.
Jangan beri dalih, tapi kata boleh.
Yang dulu dah terlepas, yang datang jangan melepas.
Salah satu sifat yang ada pada
seorang juara ialah sentiasa bersifat positif.
Orang yang berputus asa tidak pernah menang.
Orang yang berputus asa tidak pernah menang.
Kalau mereka boleh berjaya , saya pun boleh berjaya.
Kegagalan adalah lumrah, kejayaan bukan mustahil.
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS