Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

The Power of Hands

Imej
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selamat meneruskan Hari Raya kepada semua rakan blogger yang masih lagi mengikuti blog saya ini dan juga kepada rakan yang sudi membaca tulisan di blog ini. semoga memberi manfaat kepada semua. Tak ada kerja nak buat masa raya ni, saya mengambil kesempatan untuk menulis sesuatu untuk dikongsikan dengan rakan – rakan sekalian. Fikir punya fikir, apa yang nak ditulis?? Tiba – tiba saja keluarlah tajuk “ The Power of Hands”. Apa sebenarnya ini?? nanti saya akan terangkan nanti… sabarya.. Saya ingin kongsikan beberapa fungsi tangan yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita semua. Moga – moga menjadi panduan kepada semua.  Menulis Ini merupakan satu daripada fungsi tangan yang kita semua tahu. Tangan digunakan untuk menulis apa – apa yang ingin ditulis dalam apa jua media sekalipun. Saya pun menulis entri blog ini dengan menggunakan tangan. Apa yang kita tulis samada baik atau buruk akan memberi kesan kepada kita. Tulis baik ...

PERISTIWA DALAM HARI ISLAM

Imej
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua rakan blog yang mengenali diri ini. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang Yang Beriman dan dihapuskan segala dosa oleh Allah s.w.t. Insyallah… Sedang belek – belek kitab yang ada atas rak kat umah ni, ternampaklah satu risalah yang bertajuk “ Selawat Ke Atas Nabi”. Saya pun ambillah tengok. Risalah selawat yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Kelantan (JAHEIK) ada sesuatu yang boleh kita kongsikan.  Dalamnya ada ditulis “Peristiwa Yang Berlaku Dalam Hari Hari Islam”. Saya akan tuliskan disini. Moga – moga menjadi bahan bacaan yang bermanfaat buat kita semua.. Dalam Kalendar Islam(Hijrah), nama hari yang tujuh itu ialah Ahad yang bermaksud satu, Isnin yang bermaksud dua, Selasa yang bermaksud tiga, Rabu yang bermaksud empat, Khamis yang bermaksud lima, Jumaat ertinya berhimpun dan Sabtu ertinya memotong. Adapun peristiwa yang berlaku pada hari yang berkenaan adalah seperti yang berikut: AHAD ...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Imej
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua....Harapnya masih lagi meneruskan Puasa dan saya pasti sudah bersiap sedia untuk menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang insyallah bakal disambut esok hari (19 Ogos 2012). Alhamdulillah, segala puji hanya dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t kerana masih lagi memberikan kita nikmat yang tidak terhingga dalam menghadapi Bulan Ramadhan yang datang hanya setahun sekali saja ni. Sedar tak sedar, hari ini merupakan hari terakhir bagi umat Islam di Malaysia berpuasa. Setelah lebih kurang kita berpuasa, maka Ramadhan AL Mubarak bakal meninggalkan kita semua setelah bersama dengan kita selama sebulan. Terasa baru semalam kita berpuasa, tetapi sepertimana yang saya katakan diatas, hari ini adalah hari last kita berpuasa. Esok kita akan berhari raya. Adalah diharapkan agar segala amalan dan Ibadat Puasa kita akan diterima oleh Allah s.w.t dan kita mengharapkan agar Allah mempertemukan kita dengan Bulan Ramadhan yang akan datang. ...

Keputusan Exam: Baik ke Tak?

Imej
Tanggal 3 Ogos 2012 merupakan tarikh keramat buat semua pelajar Ijazah Sarjana Muda khususnya bagi pelajar di UiTM Kampus Puncak Perdana. Kenapa?? Sebab hari berkenaan adalah hari keputusan peperiksaan yang telah diduduki lalu. Tak terkecuali bagi saya dan rakan – rakan yang lain. Memang berdebar – debar rasanya nak tengok result. Pada 4 Ogos 2012 baru saya dapat check result. Maklumlah tak ada internet kat rumah. Sebelum saya menulis panjang, ingin dicoretkan disini ucapan tahniah kepada yang mendapat Anugerah Dekan (AD) dalam peperiksaan yang lalu, tahniah juga buat semua yang mendapat keputusan yang mencapai target diri sendiri, tahniah buat yang hampir – hampir nak jadi dekan tapi tak jadi dan tahniah juga kepada yang kurang berjaya. Yang kurang berjaya juga diucapkan tahniah??? Kenapa Dalam Facebook banyak diluahkan dan ditulis tentang result masing – masing. Ada yang gembira dan juga ada yang berduka. Kenapa saya ucapkan tahniah pada orang yang kurang be...