Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Bedah Cerita “Sorok Bau Budu”

Imej
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua. Alhamdulillah, saya baru sampai beberapa jam yang lalu di Shah Alam ni. Tak semena mena nak tengok cerita “Sorok Bau Budu”. Dah tengok dulu, tapi tak habis. Alhamdulillah dah habis. Saya nak kongsikan beberapa nilai yang saya dapat dalam cerita ini. Buat permulaan, cerita ini mengisahkan tentang orang Kelantan yang berhijrah ke Kuala Lumpur. Memang menarik cerita ini. Jom tengok apa yang saya dapat dalam cerita ini. Ini hanya sebahagian sahaja nilai yang saya  dapat coretkan disini. Yang lain boleh tengok sendiri. Tak mengaku orang Kelantan Ini tema utama yang dibawakan dalam cerita ini. watak yang dibawakan oleh Zulhuzaimy memang berkesan. Dalam cerita ini, ayah Zulhuzaimy lakonan Sabri Yunus (Pok Hing) marah sangat kepada anak dia Zulhuzaimy (Deris). Ada patut tak mengaku anak Kelantan. Ish3.. Sanggup dia tipu ayah dan mak dia sampai dia tak mengaku dia anak Kelantan.Jangan malu nak mengaku kita anak Kelanta...

Nilai Utama Dalam Etika Kerja Sebagai Ibadah

Imej
(MUST READ!!!) Amanah v Sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Benar v Benar pada niat dan perbuatan. Contohnya mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa niat tersembunyi ataupun mengharapkan balasan. Bijaksana v Menggunakan pemikiran dengan bijaksana dalam membuat keputusan dan tindakan sesuai dengan masa serta keadaan. Bersyukur v Perasaan dan perlakuan yang menghargai nikmat dan pemberian yang diterima.   Dedikasi v Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga secara berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti.   Ikhlas v Berhati suci dalam melaksanakan tanggungjawab untuk menghasilkan kerja yang terbaik tanpa mengharapkan ganjaran.   Adil v Memberikan layanan yang baik, tanpa mengira pangkat, status atau kedudukan dan tidak bersikap pilih kasih. P...

Tips Presentation

Imej
Pengurusan Eksekutif dan Pegawai E-Syahadah Techno Sdn Bhd Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua. Semoga kita semua masih lagi dalam keadaan sihat sejahtera agaknya. Lebih kurang jam 3.50 petang khamis, 20 Disember 2012 yang lalu, saya dan rakan – rakan lain baru selesai menjawab test Information System Management IMS 552 dan sudah selesai juga Test Decision Theory IMS555 pada 21 Disember 2012 yang lalu. Saya mengambil sedikit masa yang ada ini untuk mencoret sesuatu di blog ini. Semoga memberi manfaat dan menjadi kenangan buat saya dan semua yang sudi membaca entri ini. Presentation Minggu lepas menyaksikan banyak presentation yang sudah dijalankan oleh penulis dan rakan – rakan. Bermula hari Isnin, 17 Disember 2012 lalu, saya present IMR 604 dan IMR 605. Diteruskan pula pada 18 Disember 2012 yang lalu dengan Final Presentation IMR 606. Banyak kan? Ha baru tahu. Dalam presentation itu, kami diberi beberapa tips yang berguna selepas selesai present. ...

Dugaan dalam Kehidupan ;)

Imej
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua. Semoga hari ini menjadi hari yang lebih baik dari hari semalam buat kita semua. Selamat Hari Jumaat juga diucapkan kepada semua, semoga kedatangan Penghulu Segala Hari ini akan membuatkan kita lebih bersemangat dalam menempuhi hari ini. Insyallah... Dah lama tak jenguk blog ni. Rasa ada sesuatu yang hendak dicoretkan untuk menjadi kenangan dan mungkin suatu iktibar buat semua yang sudi membaca coretan ini. kena tulis cepat - cepat, sebab lepas ni kelas Decision Theory, Pn Norizan Anwar. Dalam kehidupan sebagai seorang yang bergelar PELAJAR, memang banyak cabaran dan dugaan yang kita akan hadapi samada dalam keadaan sedara ataupun tidak. Samalah juga dengan saya. Memang banyak cubaan dan halangan dalam menghadapi liku - liku kehidupan sebagai seorang pelajar.  Cabaran yang paling besar ialah lambakan tugasan yang perlu disiapkan dalam satu - satu masa. Dah akhir - akhir minggu pengajian ini, memang banyak tuagsan yang diberi, ...

Minggu Yang Sibuk...

Imej
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua yang masih lagi mengikuti coretan saya ini. Semoga kita semua dalam keadaan sihat sejahtera dan juga semoga Allah mengurniakan kesabaran dan kesihatan kepada semua saudara kita di GAZA dan dimana jua pejuang jihad kita. Semoga kemenangan menjadi milik mereka dan kita semua.Insyallah... Dah lama tak update blog ni. Maklumlah, sibuk sangat dengan tugasan sebagai pelajar dan juga sebagai Penggerak PMH. Tajuk pun " Minggu Yang Sibuk". Ha3...Jom kita tengok apa yang saya telah lakukan dan akan lakukan sepanjang minggu ini. Sibuk tu kalah YB kot. Kalau Yb baca menangis kot rasanya. Ha3... 1 dan 2 Disember 2012 (Sabtu dan Ahad) Kurus Kahwin di Puncak Alam 3 Disember 2012 (Isnin) Perasmin Hari Arkib ke 55 Tahun Jam 8.00 pagi - 2.00 petang Kemas Jualan PMH di Puncak Alam Jam 5.00 petang -  8.00 malam Group Discussion IMR606 Jam 9.00 malam - 11.00 malam 4 Disember 2012 (Selasa) Karnival Usahawan PMH di Puncak ...

5 Cara Atasi Gemuruh - Kampus - Remaja

Imej
5 Cara Atasi Gemuruh - Kampus - Remaja

Breaklunch Jumaat

Imej
Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat semua... Pagi semalam, nak dijadikan cerita kelas Pn Norizan Anwar, IMS 555 batal pulak. Dan tanpa tak rancang, kami bertiga saya, Asyraf, Norhisham dan Fawwaz makan tengahari di TTDI Jaya. Mulanya nak makan nasi kandar, tapi termakan pulak nasi arab. Memang best.. Harga pun best. Saya makan Roasted Chicken RM 12.80 dengan Limau Ais RM 1.80. Total makan RM 14.60 Sekali sekala boleh, kalau selalu, bangkrap..... Gambar sekadar kenangan. Jangan marah ekk.... Asyraf sempat posing ambik gambar.. Sham..Lapar ke??? Roasted Chicken yang kami makan, RM 12.80 Fawwaz....ish3

Gambar Program Sambutan Maal Hijrah 1434

Imej
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Ni update program Sambutan Maal Hijrah 1434 di Surau Al Iqra', Kolej Jasmine yang telah diadakan pada 14 November 2012