Cari Kerja: Fresh Graduate vs Pengalaman Bekerja
Assalamualaikum dan Selamat Malam buat semua (post ini ditulis waktu malam). Tidak berapa lama lagi, kita akan menyambut kedatangan Tahun Baru 2014. Namun itu bukan isu yang akan ditulis untuk update kali ini. Lain kali kita cakap pasal Tahun Baru ye.
Untuk post kali ini, saya ingin kongsikan pandangan peribadi tentang kami para fresh graduate yang dalam proses mencari kerja setelah berhempas pulas belajar di institusi pengajian tinggi awam atau swasta selama beberapa tahun dalam jurusan yang berbeza.
Umum mengetahui bahawa sekarang ini, peluang untuk mendapatkan pekerjaan memang menjadi cabaran utama kepada para pelajar yang baru menamatkan pengajian masing - masing. Sudah tentu selepas menghabiskan pengajian, kita mengimpikan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan kita seberapa pantas yang boleh. Kalau ikutkan hati, lepas je habis, dah dapat kerja.
Namun, semua itu hanyalah ilusi yang tidak menjadi kenyataan hari ini. Terlalu banyak persaingan yang perlu dihadapi oleh kami para graduan dalam mencari kerja. Kelulusan Akademik, Peluang kerja yang sedikit, Keperluan membayar balik PTPTN dan Pengalaman Bekerja antara faktor penghambat yang perlu difikirkan oleh kami dalam mencari kerja dengan seberapa segera.
Di negara kita, terdapat pelbagai jenis IPTA/IPTS yang mengeluarkan pelbagai jenis graduan dalam bidang yang berbeza setiap tahun. Kami perlu bersaing untuk mendapatkan kerja yang semakin kecil untuk diisi oleh golongan graduan yang ramai. Setiap dari kita mengimpikan kerja untuk membayar balik Pinjaman PTPTN.
Untuk post kali ini, saya hanya ingin fokuskan kepada Pengalaman Bekerja sahaja. Sesuai dengan tajuk lah kan Cari Kerja: Fresh Graduate vs Pengalaman. Yang lain boleh difikirkan sendiri. Tidak ingin mencari kesalahan mana - mana pihak, cuma menulis dari hati dan pengalaman sahaja.
Saya antara ribuan fresh graduate yang baru sahaja menamatkan pengajian dalam Bidang Pengurusan Rekod dari UiTM Kampus Puncak Perdana dan dalam proses untuk memohon pekerjaan dari institusi kerajaan dan swasta. Alhamdulillah, saya dah hantar beberapa resume kepada syarikat yang berkenaan untuk memohon kerja. Kalau ada rezeki, insyallah ada.
Dalam pada saya melayari Internet untuk melihat kekosongan jawatan, majoriti pekerjaan memerlukan pengalaman bekerja, paling minimum 1 tahun pengalaman bekerja. Ada pengalaman, baru boleh mohon. Ini memang sukar kepada kami para graduan yang baru sahaja tamat pengajian. Mana ada pengalaman bekerja? Kalau tak beri peluang, mana nak dapat pengalaman?.
Mungkin ada sebab organisasi inginkan orang yang sudah mempunyai pengalaman bekerja untuk diambil bagi mengisi kekosongan tertentu. Itu terpulang kepada setiap organisasi masing - masing. Apa yang boleh dibuat sekarang adalah mohon je apa - apa pekerjaan untuk dapatkan pengalaman. Itu pesanan pensyarah kepada saya.
Kalau dulu, yang dalam bidang pendidikan, memang dapat kerja. Tapi, sekarang sudah berubah. Graduan Perguruan tidak lagi berada dalam zon selesa. Mereka pun kena menerima hakikat ini. Perlu bersaing dengan orang lain untuk dapat kerja.
Bagi kami dalam Bidang Pengurusan Rekod ini, memang tidak banyak jawatan yang ditawarkan samada di syarikat awam atau swasta. Setakat yang saya tahu, ada jawatan di Arkib Negara Malaysia serta di hospital sebagai Medical Record Officers dan juga beberapa jawatan seperti Document Controller untuk pelajar seperti saya di organisasi swasta.
Pada pandangan saya, memang bidang ini kurang mendapat perhatian dari pihak - pihak tertentu tentang kepentingan pengurusan rekod yang baik dalam sesebuah organisasi. Rekod yang diurus dengan baik oleh orang yang berkelayakan akan membantu operasi sesebuah organisasi dengan baik, hasil dan pendapatan pun akan bertambah. Ada beberapa pendekatan yang boleh diambil oleh pihak - pihak yang berkaitan bagi memberi kesedaran tentang Bidang Pengurusan Rekod ini kepada umum.
1. Peranan Fakulti Pengurusan Maklumat
Fakulti memainkan peranan yang besar dalam memberi pendedahan tentang kepentingan pengurusan rekod kepada umum. Seminar, ceramah dan road tour ke setiap organisasi kerajaan tentang pengurusan rekod boleh dibuat bagi meningkatkan kesedaran tentang pengurusan rekod dalam organisasi kerjaan. Ini akan dapat menaikkan bidang ini dalam masyarakat. Kesedaran ini amat penting dalam menentukan kerjaya buat kami.
2. Peranan Kerajaan
Pihak kerajaan boleh memainkan peranan dengan mewujudkan post Pengurus Rekod atau apa nama sekalipun dalam agensi kerajaan. Biarlah kami yang menguruskan rekod kerajaan nanti jika jawatan ini boleh diwujudkan. Namun, itu memerlukan kajian yang mendalam sebelum jawatan ini diwujudkan.
3. Peranan Pelajar
Kami juga perlu memainkan peranan dalam menerangkan tentang pengurusan rekod kepada orang awam. Bila ada kesedaran, baru mereka sedar akan kepentingan pengurusan rekod yang baik. Pada masa itu, insyallah khidmat kita akan diperlukan.
Apa pun, ini semua sudah ditentukan oleh Allah s.w.t. Ajal, maut, rezeki sudah ditentukan. Kita hanya perlu berusaha dan selebihnya, serahkan pada Nya. Insyallah ada rezeki nanti. Wajib percaya pada Qada' dan Qadar Nya. Usaha, doa dan tawakkal kepada Allah perlu agar kita mendapat pekerjaan nanti. Insyallah, ada rezeki untuk kita nanti
#Segala yang diutarakan adalah pandangan peribadi penulis sahaja. Kalau ada salah silap, mohon maaf#
susah memang susah.....!!! namun,...
BalasPadamsedikit info yang deterima dari blog lain ada mencadangkan bahawa pekerjaan sebagai Pegawai Stor juga berkait rapat dengan bidang rekod dan perpustakaan....
stor berfungsi sebagai pusat penyimpanan stok....jika dikaitkan dalam bidang sains maklumat perpustakaan dan rekod adalah antara satu pusat penyimpanan dan gapaian maklumat....secara positifnya, stor juga mempunyai peranan yang sama cuma konsep yang berbeza iaitu mengurus penyimpanan stok...
ini hanyalah cadangan semata-mata kepada graduan fakulti pengurusan maklumat yang masih buntu untuk mencari pekerjaan....
tapi seronok cari kerjaaaa.... hehe
BalasPadam