1MET 2015: Unleash Your Potential (Throwback)
Pada 13 – 14 November 2015 yang lalu, saya telah menyertai program 1 Malaysia Entrepreneur (1MET) 3.0 yang telah diadakan di Villa Danialla Beach Resort, Jalan Tok Bali, Bachok Kelantan. Program selama 2 hari itu adalah suatu program keusahawanan yang dijalankan oleh pihak kerajaan untuk berkongsi tentang ilmu keusahawanan kepada peserta yang terlibat. Dianggarkan sekitar 200 orang peserta yang telah menyertai bootcamp ini. Ada kalangan peserta yang sudah mempunyai perniagaan dan ada jugak yang sekadar untuk menimba ilmu tentang keusahawanan semata – mata. Dalam program yang berlangsung selama 2 hari tersebut, kami didedahkan tentang pelbagai ilmu untuk menjadi seorang USAHAWAN yang berjaya. Cuma ada beberapa saranan yang boleh dilakukan oleh pihak penganjur dalam memastikan program ini mendapat manfaat kepada golongan sasaran. 1. Saya perhatikan peserta yang menyertai program berkenaan terdiri dari 2 kelompok yang berbeza. Satu kumpulan yang SUDAH MEMPUNYAI P...