Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

Tazkirah Ringkas: Layanan Anak - Anak

Imej
Layanan kepada Anak - anak Anak Umur 1 - 7: Layan anak macam Raja Anak Umur 7 - 14: Layan anak macam Hamba Anak Umur 15 Keatas: Layan anak macam Kawan Pisahkan tempat tidur anak - anak masa umur 10 tahun Pesanan Saidina Ali Tazkirah oleh: Ustaz Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan # Sekadar Perkongsian Bersama. # Mohon Teguran Jika Ada Kesilapan. # Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash ra., Rasulullah SAW bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di Neraka.” (Al-Bukhari).

Hudud Kelantan: Pandangan Peribadi II

Imej
Pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) bagi negeri Kelantan nampaknya semakin panas dari hari ke hari. Kalau diamati dalam media massa, pelbagai jenis manusia yang memberikan pendapat dalam isu ini. Ada yang bersetuju, ada juga yang masih diam membisu dan tidak kurang juga terdapat mereka yang menentang habis habisan perkara ini. Semua ini boleh dibaca dalam media cetak dan media elektronik. Kadang kala, bila membaca kenyataan atau post orang - orang tertentu sebagaimana yang disiarkan dalam surat khabar ataupun dalam laman sosial facebook masing - masing, banyak persoalan yang timbul yang pastinya memerlukan suatu jawapan yang terbaik bagi meleraikan kekusutan ini. Bila ada orang yang menyatakan bahawa hukum hudud ini tidak sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia kerana masyarakat majmuk. Soalnya, adakah perlu menunggu "masyarakat yang tidak majmuk" baru boleh dilaksanakan? Bila pula masanya? Bila ada orang yang menyatakan bahawa hukum...

Hudud Kelantan: Suatu Pandangan Peribadi

Imej
Isu pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) II Kelantan Tahun 1993 pindaan 2015 memasuki fasa baharu apabila pindaan kepada enakmen yang diluluskan 22 tahun yang lalu (25 November 1993) diluluskan pada 19 Mac 2015 yang lalu. Kesemua ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) yang hadir menyokong undang - undang ini untuk dilaksanakan nanti.  EKJS II Kelantan mengandungi Hukuman Hudud, Qisas dan Takzir. Tetapi panggilan popularnya ialah Undang - Undang Hudud. Sebagai rakyat negeri Kelantan ini, memang merasa bangga kerana Isu Hudud ini telah lama dibangkitkan dan diulang siar menjelang berlakunya Pilihanraya Umum dahulu. Kononnya, Hudud ini hanya omongan kosong pihak tertentu untuk memenangi pilihanraya semata mata. Namun, setelah diluluskan minggu lepas, kata - kata diatas sudah tidak kedengaran lagi. Komitmen yang diberikan oleh Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan enakmen ini mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai pihak. Ada yang positif dan ada juga pandangan yang neg...

Tazkirah Ringkas: 5 Tanda Orang Celaka

Imej
Ada 5 tanda orang yang celaka (Fudhail bin Iyadh) 1. Keras Hatinya (tak mahu terima kebenaran/peringatan). 2. Mata yang tidak pernah menyesal/menangis takutkan Allah s.w.t. 3. Tidak malu/Kurang rasa malu. [Malu sebahagian daripada Iman]. 4. Orang yang panjang angan - angan. 5. Sangat Cintakan/Inginkan dunia. Tazkirah oleh: Ustaz Mohd Hadi Talhah [Kuliah Maghrib] 6 Mac 2013, 23 Rabiul Akhir  # Sekadar Perkongsian Bersama. # Mohon Teguran Jika Ada Kesilapan. # Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash ra., Rasulullah SAW bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di Neraka.” (Al-Bukhari).

Masjid Beijing, Rantau Panjang, Kelantan.

Imej
Pandangan dari depan masjid Dah lama tak update blog ni. Sebab malas dan tak ada isu sangat yang nak dikongsikan. Ada cerita, boleh update lah blog ni... Semalam, 11 Mac 2015, saya bersama - sama "rakan sekerja di Allianz Malaysia Kota Bharu telah menerjah Pekan Rantau Panjang untuk edar risalah tentang Pelan Simpanan di Allianz Malaysia. Dalam perjalanan nak ke Pekan Rantau Panjang, kami singgah sebentar di Masjid Beijing untuk solat Zohor. Maklumlah, bertolak dari Kota Bharu pun dah pukul 12 tengahari. Memang panas terik cahaya matahari memancar diatas kepala. Sebelum solat, sempat ambil gambar masjid. Landmark Rantau Panjang Excited juga sebab pertama kali ke Masjid Beijing dan Pekan Rantau Panjang sepanjang umurku 25 tahun. Inilah kali pertama menjejakkan kaki ke Rantau Panjang. Orang kata, kala tak pergi sendiri tak tahu suasana macam mana. Kalau nak tahu tentang sejarah masjid ni, boleh tanya Pak Cik Google lah. Sebab tak berhasrat nak ceritakan disin...

Cabaran Pekerja Baru BDE Allianz Malaysia

Imej
Semalam, genap 4 hari saya mencuba nasib bekerja sebagai seorang Business Development Executive (BDE) di syarikat Allianz Malaysia Kota Bharu. Jawatan yang memang berbeza dengan apa yang saya harapkan dan bukan dalam bidang pengajian. Walau apa pun, saya nak cuba kerja dalam bidang ini dahulu. Cari pengalaman dalam bidang yang lain... Masa tengok iklan di laman web masa dulu, memang menarik tawaran dia.  Iklan dia kat bawah ni.... Kerja Kosong Clerk Admin/Executive - 28 Feb 2015 Jawatan Kosong Clerk Admin/Executive Peluang bekerja di Syarikat Kewangan Terkukuh di Malaysia Syarat-syarat bagi permohonan jawatan Clerk Admin/Consultant -Kelayakan Spm,Diploma,Degree -Minimum Umur 21-30 tahun -Mempunyai kenderaan sendiri -Tiada Pengalaman/ Berpengalaman dialukan -Training disediakan -Berpewatakan Menarik Berminat sms nama, umur,lokasi & jenis kenderaan ke 0183198023 contoh: zaara, 25 tahun, kuala lumpur, kereta hantar ke 0183198023 ...

Teringat Masa Lalu....

Imej
Tempatku menuntut Ilmu dahulu... Hari ini merupakan Hari pendaftaran pelajar lama bagi UiTM yang berjaya memperoleh Kolej Kediaman masing - masing. Pada 21 - 27 Februari 2015 yang lalu pula merupakan tarikh pendaftaran Pelajar Baru di UiTM. Kalau nak diimbau kembali masa saya belajar di UiTM Kampus Puncak Perdana, Shah Alam hampir 4 tahun yang lalu, memang banyak kenangan pahit dan manis yang tersimpan kemas dalam diari hidupku. Tanggal 26 Jun 2010 merupakan tarikh keramat permulaan pengajian dan kehidupan di kampus bagi diriku. Maklumlah, hari pertama mendaftar masuk sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Kepujian)(Pengurusan Rekod) di Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Puncak Perdana. Memang rasa keseorangan hari tu. Al maklumlah kita kan orang baru ditempat yang asing. Seminggu mengikuti Minggu Destini Siswa (MDS) di kampus bagi pelajar baru memberi peluang kepadaku untuk kenal mengenali kawan - kawan baru. Minggu pertama dan kedua di kampus mem...