Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2013

Cari Kerja: Fresh Graduate vs Pengalaman Bekerja

Imej
Assalamualaikum dan Selamat Malam buat semua (post ini ditulis waktu malam). Tidak berapa lama lagi, kita akan menyambut kedatangan Tahun Baru 2014. Namun itu bukan isu yang akan ditulis untuk update kali ini. Lain kali kita cakap pasal Tahun Baru ye. Untuk post kali ini, saya ingin kongsikan pandangan peribadi tentang kami para fresh graduate yang dalam proses mencari kerja setelah berhempas pulas belajar di institusi pengajian tinggi awam atau swasta selama beberapa tahun dalam jurusan yang berbeza. Umum mengetahui bahawa sekarang ini, peluang untuk mendapatkan pekerjaan memang menjadi cabaran utama kepada para pelajar yang baru menamatkan pengajian masing - masing. Sudah tentu selepas menghabiskan pengajian, kita mengimpikan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan kita seberapa pantas yang boleh. Kalau ikutkan hati, lepas je habis, dah dapat kerja. Namun, semua itu hanyalah ilusi yang tidak menjadi kenyataan hari ini. Terlalu banyak persaingan yang perlu dihadapi...

My Industrial Training Presentation Day

Imej
Assalamualaikum semua... Nak kongsikan gambar yang diambil sebelum kami present case study pada 17 Disember 2013 yang lalu... Lambat update sebab malas nak update blog..... Stress nak cari kerja... Credit: Tqa Nur

10 Etika Mesyuarat

Imej
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.... Insyallah hari ini saya ingin kongsikan 10 Etika Bermesyuarat yang perlu diketahui oleh setiap orang yang ingin menghadiri mesyuarat. Artikel asal dari Yahoo! yang diubah suai sedikit mengikut pengalaman sendiri. Semoga bermanfaat buat semua.. Antara 10 Peraturan Mesyuarat yang perlu diketahui adalah: 1. Be on Time/ Punctual on Time Ini yang paling penting dalam pengurusan sesebuah mesyuarat. Ini kerana mesyuarat yang dijalankan tepat pada masanya akan dapat dihabiskan pada masa yang singkat. Kalau kehadiran ahli mesyuarat yang lambat, akan menyebabkan kelewatan pada masa mesyuarat. Lambat start, lambatlah habisnya...As simple as that. Suatu ketika dahulu ketika memegang jawatan dalam JPK Jasmine, saya memang menitikbertakan tentang punctual on time. Kami siap buat dendan kalau yang datang mesyuarat lewat. Denda tu akan dimasukkan dalam Tabung JPK bagi mereka yang datang lewat. Itu sebenarnya antara langkah bagi men...

Kisah Latihan Amali 2013

Imej
Assalamualaikum dan Selamat Pagi buat semuanya...Semoga berada dalam keadaan sihat   sejahtera hendaknya.. Dikesempatan ini bolehlah dicoretkan catatan penuh 3 bulan sepanjang saya berada di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir P uteh Kelantan bagi menjalani Latihan Amali disana.  Industrial Training merupakan satu subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar Pengurusan Rekod dan batch saya merupakan pioneer dalam subjek ini. Kisah Latihan Industri in bermula pada 25 Jun 2013 yang lalu setelah kami mendengar Taklimat Latihan Industri dari En Mohd Zairol Masron, selaku Penyelia Industri kami. Usai taklimat, kami dikehendaki untuk menyenaraikan tempat - tempat untuk menjalani LI. Memang banyak tempat yang kami masing - masing tulis untuk praktikal disana... Saya masih ingat lagi bahawa saya memilih untuk praktikal di Pejabat Pelajaran Cameron Highlands, Arkib Negara Malaysia Kuala Terengganu dan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh Kelantan. Walau bagaimanapun, Pej...