Teka Teki Ustaz Saibon Ismail
Teka Teki Ustaz Saibon Ismail
Satu rombongan akan untuk membina sebuah resort di Pulau Perhentian akan bertolak ke sana minggu hadapan selama seminggu. Anda sebagai Pemandu Bot perlu membawa semua ahli rombongan ke sana dengan selamat. Namun, hanya enam orang sahaja yang boleh dimuatkan dalam bot anda sedangkan ahli rombongan seramai tujuh orang yang disenaraikan untuk dibawa ke sana. Ahli rombongan tersebut terdiri daripada:
1. Pemandu Bot: Anda
2. Jurutera
3. Tukang Masak
4. Doktor
5. Kontraktor projek
6. Mekanik
7. Ustaz
Sebagai Pemandu Bot, anda perlu membuat pilihan seorang yang akan anda tinggalkan daripada mengikut rombongan tersebut. Sila buat pilihan anda…….
Jawapan Teka Teki Ustaz Saibon Ismail
Teka teki
ini hendaklah dilihat dalam makna yang tersirat, dan bukannya maknya yang
tersurat sahaja….
Ada yang
menjawab bahawa akan meninggalkan bot untuk ke destinasi yang ingin dituju.
Mana mungkin kita meninggalkan kehidupan didunia ini untuk mencapai kebahagiaan
di akhirat. Hal ini kerana dunia ini merupakan tempat kita melakukan segala
pekerjaan yang boleh menyampaikan kita disyurga nanti. Bukankah dalam doa yang
selalu dibaca kita meminta kepada Tuhan bahawa berilah kehidupan kita di dunia
ini baik dan di akhirat juga baik.
Ada yang
menjawab akan meninggalkan diri sendiri. Mana boleh kita meninggalkan diri
sendiri dalam pelayaran kehidupan ini. Ini bermakna anda semacam tidak kisah
dengan diri sendiri. Ibarat apa nak jadi, jadilah…
Makna yang
ingin disampaikan dalam teka teki ini adalah kebanyakan manusia hari ini akan
meninggalkan AGAMA dalam kehidupan mereka. Hal ini dijawab oleh jemaah yang
menghadiri Kuliah Ustaz Saibon dahulu bahawa yang akan ditinggalkan adalah
USTAZ dalam pelayaran itu.
Kalau kita
lihat dengan sepintas lalu, memang benar agama sudah dikesampingkan dalam
kehidupan sesetengah masyarakat kita hari ini. Mana tidaknya, agama hanya akan
dipakai atau digunakan dalam tiga perkara sahaja iaitu ketika kecil diazankan
dan diiqamatkan bayi, masa ingin berkahwin dan masa meninggal dunia agamalah
yang akan dicari dan ustaz atau imam inilah yang akan dicari.
Nasihat ini
ditujukan buat diri sendiri dan semua sahabat yang mengenali diri ini. Marilah
kita bersama – sama bermuhasabah dalam memperbaiki hidup kita dalam kesempatan
yang masih ada. Mohon maaf jika ada yang terasa.
Salam Aidil
Adha buat semua….
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS