Suka Duka Latihan Amali 2013


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua yang maasih mengenali diri ini. Semoga berada dalam keadaan sihat selalu hendaknya....

Dah lama tak update entri dalam blog ni. Maklumlah, masih dalam Latihan Amali yang sudah masuk minggu ke 6 dah. Tak boleh selalu nak online dan update blog ni, kadang kala boleh lah luangkan sedikit masa untuk update status kat facebook dan blog ni.

Saya sekarang sedang mengikuti Latihan Amali di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh, Kelantan di Unit Hasil. Sebelum ini, semasa melapor diri untuk menjalani LI disini pada 2 September 2013, saya ditempatkan di Unit Pentadbiran PTJPP. Dah 2 hari berada disana, saya ditempatkan di Unit Hasil sehingga kini. Alhamdulillah....

Banyak yang dapat dipelajari semasa berada di unit ini. Saya ditugaskan untuk menyemak maklumat dalam file dengan yang ada dalam Sistem SPHT (Sistem Pungutan Hasil Tahunan) bersama dengan rakan saya, Izlan Kharfi Rashid. 

Selain itu, kadang kala juga saya berpeluang untuk bekerja di kaunter Terimaan Hasil dan di Kaunter Meteri Setem. Memang banyak perkara baru yang dipelajari disini walaupun sebelum ini saya tidak pernah terlibat secara langsung dan tidak pernah ambil tahu mengenai perkara ini. Maklumlah, kita kan bidang Pengurusan Rekod. tapi, ada perkaitan dengan apa yang saya belajar dulu.

Di sini, saya belajar "how to deal with customers". Memang banyak ragam pelanggan yang saya temui semasa berada disini. Ada yang tanya perkara yang diluar pengetahuan kita, ada yang nak cepat dan macam - macam lagi. Apa nak buat, kena hadapilah semuanya.

Inilah realiti sebenar yang perlu dihadapi dalam dunia pekerjaan ini. 

Di sini, saya amalkan sikap suka bertanya dengan staff di sini. Maklumlah, kita baru budak praktikal. Banyak yang perlu dipelajari dalam usaha mempersiapkan diri untuk menghadapi alam pekerjaan kelak.

Semoga kami semua berjaya dalam LI ini. Insyallah...

Gambar Sambutan Hari Raya Unit Hasil pada 4 September 2013 yang lalu...





Majlis Perpisahan Faiz pada 2 Oktober 2013 yang lalu...



Kredit: Kak Lini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan