PT oh PT: Nak ke Tak Nak?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua rakan yang masih mengikuti perkembangan saya melalui blog ini. Semoga anda semua masih berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya...
Hari ini nak kongsikan cerita berkenaan dengan Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)..
Sekarang ini saya dan rakan - rakan yang lain masih lagi dalam tempoh Latihan Industri selama 3 bulan dan masih lagi berbaki lebih kurang 1 bulan sahaja lagi. Masalah mula timbul bila batch saya merupakan pioneer kepada Latihan Amali selama 3 bulan ini. Masalahnya, PTPTN tidak ditawarkan kepada batch kami untuk semester 7 (Semester Latihan Amali) ini. Adalah perkara yang menjadi persoalan dan masalahnya. Tetapi eloklah ianya disimpan dalam diri saya sahaja..Tidak perlu diperbesarkan....
Ekoran masalah itu, kami semua mengambil keputusan untuk menjalani LI di kawasan masing - masing sebab kalau nak pilih di Selangor, kos agak tinggi dengan kebanyakan organisasi tidak memberikan sebarang elaun LI. Sebab itulah, tempat sendiri menjadi pilihan kami bagi mengurangkan kos perbelanjaan kami.
Isu PTPTN ini timbul awal September 2013 yang lalu. Tak nak cari salah siapa.
Saya dimaklumkan oleh rakan saya semalam bahawa PTPTN akan memberikan pinjaman tambahan untuk semester ini. Sejak dari dahulu, saya memang tak nak ambik duit ni. Memang duit diperlukan sekarang dengan kenaikan kos perbelanjaan harian ditambah pula dengan kami perlu hasilkan report LI dan Case Study nanti. Kena pergi Shah Alam lagi....Memang banyak perbelanjaan akan diperlukan....
Saya bukan tak nak ambik. Kalau diikutkan, memang nak ambik je...Tetapi bila memikirkan jumlah Pinjaman yang bakal bertambah, saya rasa tak nak ambil. Biarlah dengan duit yang ada sahaja, insyallah dapat menampung perbelanjaan saya.
Yang nak ambil, silakan...Saya hanya memberikan pandangan peribadi :)
Amalkan jimat cermat, Insyallah cukup.....
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS