Kursus Sembelihan 2013: Sebuah Catatan
Alhamdulillah, tanggal 10 Jun 2013 yang lalu iaitu hari sabtu, jam 9.00 pagi telah selamat berlangsungnya program "Kursus Sembelihan Menurut Islam" yang telah diadakan oleh Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CiTU) Puncak Perdana dibantu oleh Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH) Puncak Perdana. Program dimulakan dengan pendaftaran peserta dan juga teori penyembelihan yang diterangkan oleh Ustaz Abdul Rahman, dari CiTU Puncak Alam.
Ceramah Teori Penyembelihan oleh Ustaz Abdul Rahman di Surau Al Iqra'
Praktikal Penyembelihan oleh Peserta.
Alhamdulillah jugak saya berkesempatan untuk try sembelih. Selalunya saya yang akan pegang ayam bila nak sembelih. Kali ini saya yang jadi tukang sembelih. Alhamdulillah, pengalaman yang amat berharga sepanjang hidup 23 tahun dimuka bumi ini.
Ramai juga yang mengambil kesempatan mempraktikkan teori penyembelihan yang diajarkan semasa ceramah. Muslimat pun tak kurang hebatnya menyembelih ayam. Kambing disembelih sendiri oleh Ustaz Abdul Rahman. Kalau nak sembelih takut tak halal pulak, rugi......
Ayam menunggu masa disembelih..... |
Kambing....peserta pertama disembelih... |
Ayah Aji sempat datang ke tapak program Masak Kambing |
Selesai semua perkara, kambing tadi dimasak sup oleh Ustaz Shahrul Nizam. Sedap tu... Dah masak semua, nasi pun sampai. Ayam yang disembelih tadi ditolak kepada kedai. Kami makan tengahari bersama - sama lebih kurang jam 1.15 petang.
Antara peserta yang sempat menyembelih ayam
Pembahagian Sup Kambing....habis seperiuk besar.
Pembersihan Kawasan Sembelihan
Sekalung tahniah buat semua peserta yang menyertai program tersebut. Juga terima kasih kepada mereka yang membantu menjayakan program tersebut samada secara langsung atau tidak langsung. Semoga jasa kalian dibalas Allah. Semoga program seperti ini akan berjalan dilain - lain tahun.
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS