Warkah untuk sahabat…
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua sahabat saya yang masih mengenali diri ini. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Kepada yang dalam mood peperiksaan, selamat berjaya saya ucapkan kepada kalian. Semoga kita semua beroleh kejayaan yang cemerlang dalam apa jua perkara yang dilakukan. Perpisahan kan terjadi…. Ingin dinukilkan disini bahawa genap 3 tahun saya berada di sini 26 Jun 2010 – 26 Jun 2013. Banyak kenangan pahit manis suka duka yang telah kita harungi bersama sebagai kawan. Namun, perpisahan bakal terjadi antara kita. Sebab setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan, setiap yang bermula pasti akan berakhir dan setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Ingatan para daie.. Kepada adik - adik yang akan meneruskan mata rantai perjuangan dalam Persatuan Mahasiswa Hadhari ini, teruskanlah perjuanganmu dengan sabar dan tabah. Dalam perjuangan ini, hanya orang yang berjiwa besar sahaja dapat mengharungi segala cubaan da...