Wednesday, 9 January 2013

Semuanya sudah selesai...

Gambar masa di Melaka, Semester 2

Assalamualaikum dan Selamat Pagi diucapkan buat semua penonton dan pembaca blog ini. Semoga dirahmati Allah selalu.

Alhamdulillah, setelah berhempas pulas dalam semester ini, hari ini tibalah hari yang amat bermakna buat saya dan rakan - rakan yang lain sebab dah habis semester 5. Maknanya, kami masih lagi berbaki 2 semester. 1 Semester pengajian dan satu semester praktikal.

Memang banyak suka duka yang dilalui sepanjang berada dalam semester 5 ini. Rasanya biarlah pengalaman dan suka duka itu menjadi kenangan sahaja.

Selesai juga final exam untuk IMR 605, yang telah berlangsung pada 5 Jan 2013 yang lalu dan semalam 8 Jan 2013 telah selesai juga final exam IMS 552. Alhamdulillah. Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang buat semua rakan saya.

"Jalan kejayaan memang susah. berbatu batu dan berliku liku barulah kita akan temui penghujung kejayaan. Jalanlah dengan selamat agar suatu masa nanti kita akan menemui simpang kejayaan. Insyallah..."

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum W.B.T

Cer Komen SIkit...hi3

Kutipan Derma