Saturday, 26 January 2013

Kuliah Maghrib UAI



Tanggal 24 Januari 2013 yang lalu menyaksikan puluhan ribu orang berkumpul di Masjid Ibrahimi, Bandar Pasir Puteh untuk mendengar kuliah maghrib daripada Ustaz Azhar Idrus serta menderma bagi menyiapkan Madrasah Tahfiz Masjid Ibrahimi yang terletak di perkarangan masjid yang memerlukan belanja lebih kurang RM 300,000 untuk disiapkan.


Saya, Ibu, Ibu Saudara dan adik saya tidak melepaskan peluang untuk bersama – sama dalam majlis tersebut. Memang sesak…Penuh masjid, perkarangan masjid pun penuh. Kalau saya boleh anggarkan, memang tak boleh nak anggarkan sebab saya ada kat dalam masjid. Hebat. Ini kali kedua Ustaz Azhar Idrus datang ke Masjid Ibrahimi.



Usai Solat Maghrib berjamaah, semua jemaah menunggu kehadiran UAI. Saya pun tak terkecuali. Sebelah saya ada saudara sedang main handset Samsung dia. Memang tergugat rasa diri ini. Nak beli jugak. Ha3….
  
Mengikut sumber dari Facebook Ustaz Azhar idrus, kahadiran dianggarkan seramai 25,000 orang dengan jumlah kutipan tabung sebanyak RM 74, 710,00. Alhamdulillah.

Gambar sekitar Kuliah Ustaz Azhar Idrus






Sumber Gambar dan Fakta: Facebook Ustaz Azhar Idrus

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum W.B.T

Cer Komen SIkit...hi3

Kutipan Derma