Dakwah Islam
Daripada Abu Said al Khudri r.a, katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dia mencegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu, maka dengan hatinya. Dan itulah selemah lemah iman.
Hadis Riwayat Sahih Muslim.
MENCEGAH KEMUNGKARAN DENGAN TANGAN
Maksud:
Mengubah dengan kuasa yang ada pada seseorang mengikut kemampuan dan bidang kuasa masing - masing.
Contohnya:
- IbuBapa mencegah dan melarang kemungkaran yang dilakukan oleh anak - anaknya
- Guru menegur perkara mungkar yang dilakukan oleh anak - anak muridnya
- Pemerintah menegur kemungkaran yang dilakukan oleh rakyatnya
MENCEGAH KEMUNGKARAN DENGAN LIDAH
Maksud:
Memberi nasihat dan bimbingan yang baik kepada orang yang melakukan perkara yang tidak baik
MENCEGAH KEMUNGKARAN DENGAN HATI
Maksud:
Membenci sesuatu kemungkaran yang dilihat atau yang dijalankan dan berusaha untuk menjauhinya.
Ianya selemah lemah iman...
Sekarang ini banyak kemungkaran yang berlaku didepan mata saban hari. Ada yang pakai ketat - ketat. Serabut mata memandang. Tudung tak ada, baju "tak siap jahit", couple lebih daripada suami isteri dan macam - macam lagi perkara yang memang memeningkan kita. Memang nak tegur, tapi.......
Kalau silap tegur, kan kena marah. Persahabatan akan terjejas, dendam mungkin terjadi kepada yang ditegur. Kadang kala kalau ditegur, mereka akan kata " kau pun bukannya baik sangat, nak tegur orang konon". Inilah yang kita boleh katakan diluah mati mak, ditelan mati bapak. Susah.....
Ini antara cabaran dalam menjalankan kerja dakwah untuk mengajak manusia kearah Islam.
Apa yang boleh kita lakukan, lakukanlah. Yang penting dakwah mesti berjalan...
Antara yang boleh dilakukan untuk menegur kawan yang buat perkara tak elok:
1. Nasihatlah dengan berhikmah. Kalau ada kekuatan nak tegur dengan kuasa yang ada, tegurlah secara berhikmah dan bijaksana. Jangan tegur secara emosi dan cara yang boleh menjatuhkan maruah dia. Kalau boleh, jumpalah secara peribadi. Beri nasihat dan teguran secara peribadi bagi menjaga aib dia.
2. Beri contoh yang terbaik. Kita dalam berdakwah, tunjukkanlah contoh yang terbaik. Ini bagi memberi perangsang kepada mereka yang bermasalah, boleh mencontohi kita yang mungkin lebih baik sikit dari mereka.
3. Benci melihat kemungkaran. Benci lihat orang couple yang tak ikut kehendak islam, benci lihat perempuan pakai pakaian ketat, benci lihat aurat perempuan yang terdedah dengan sengaja dan sebagainya.
4. Gunakan teknologi untuk menegur. Gunakan segala kecanggihan teknologi yang ada untuk menegur. Apa yang penting ialah tulisan mestilah dalam bentuk hikmah dan bijaksana. Jangan gunakan kata - kata kesat dalam berdakwah.
Segala apa yang baik semua daripada Allah, yang buruk semua daripada saya selaku penulis.
Rujukan Hadis: http://www.freewebs.com/pendidikanislam2/hadis.htm
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS