Final Project IMR 604
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua yang masih
lagi dikurniakan oleh Allah s.w.t kesihatan dan kelapangan yang berguna untuk
semua. Mudah mudahan hidup kita dirahmati oleh Allah s.w.t sekalian.
Dah lama tak update blog. Rasanya dah lebih kurang 2 minggu
saya tak update blog. Dah berhabuk blog ni. Dah ada blog, updatelah. Ada sahaja
tak guna kalau tak update. Jangan marah ha. Hari ini saya nak update pasal
Wawancara bersama Dr Mohd Ismail bin Mohd Tambi dan Wawancara bersama Prof Dr
Mohd Zaki bin Salleh.
Alkisahnya bermula…
Kami berempat saya, Mohd Azwan bin Sobri, Mohd Fazli bin
Mahazan dan Muhammad Asyraf bin Ahmad Royali mengadakan Konvoi Interview dari
Puncak Perdana ke Jalan Ipoh, Kuala Lumpur ke Puncak Alam dan ke Puncak Perdana
semula. Penat….
Pada jam lebih kurang 7 pagi, saya ambil kereta yang disewa
dengan Abang Apai. Seterusnya isi minyak di Stesen Minyak Bukit Jelutong. Lepas
tu, destinasi yang pertama temubual kami ialah di Damai Service Hospital, Jalan
Ipoh, Kuala Lumpur. Lebih kurang 2 jam perjalanan, kami sampai ke destinasi
yang dituju. Sebelum sampai ke sana, ada juga kami sesat. Biasalah, tak kenal
makan tak cinta. Ha3…
Lebih kurang sejam kami (saya dan Azwan) menemubual Dr Mohd
Ismail bin Mohd Tambi untuk menyiapkan tugasan akhir IMR 604. Selesai kami
menemubual, kami memberikan sedikit cenderahati tanda kenangan kepada Dr atas
kerjasama beliau membantu kami menyelesaikan tugasan kami. Banyak input yang
berguna kepada kami di berikan oleh Dr. pengalaman yang dikongsikan kepada kami
amat berguna.
Selesai di Damai Service Hospital, kami terus ke Masjid
Negeri Shah Alam untuk Solat Jumaat. Hari itu hari Jumaat, memang terkejar –
kejar lah kami nak ke sana. Alhamdulillah, selamat sampai kesana.
Disebabkan tidak sarapan dari pagi dan kami semua dah kebuluq tahap, roti menjadi pilihan untuk kami breaklunch. Kalau diikutkan jadual asal, interview untuk kumpulan Asyraf akan dijalankan pada jam 3.00 petang di Puncak Alam. Tetapi, jadual berubah. Temubual akan diadakan pada jam 6.00 petang.
Disebabkan tidak sarapan dari pagi dan kami semua dah kebuluq tahap, roti menjadi pilihan untuk kami breaklunch. Kalau diikutkan jadual asal, interview untuk kumpulan Asyraf akan dijalankan pada jam 3.00 petang di Puncak Alam. Tetapi, jadual berubah. Temubual akan diadakan pada jam 6.00 petang.
Kami menunaikan Fardhu Jumaat. Seusai menunaikan Solat
Jumaat, kami mengambil keputusan untuk makan nasi dan ABC di Seksyen 2.
Lapar……Kami makan disana. Tengoklah apa yang kami makan…ha2. Saja ja buat
jelous…
Selesai makan petang, masa masih lagi panjang untuk
interview bersama Prof Dr Zaki. Hujan pula. Ish3. Memang rasa nak tidur..Kami
mengambil keputusan untuk bergerak ke Puncak Alam untuk bersedia bagi
menjalankan sesi temubual bersama Prof Zaki. Kami solat Asar disana dan
interview dijalankan.
Sedar tak sedar, jam menunjukkan pukul 7. 40 malam. Kami bergegas untuk solat Maghrib di Surau berdekatan di Fakulti Farmasi 3. Alang – alang solat Maghrib, kami solat Isyak lah. Sebab isyak kan masuk awal.
Sedar tak sedar, jam menunjukkan pukul 7. 40 malam. Kami bergegas untuk solat Maghrib di Surau berdekatan di Fakulti Farmasi 3. Alang – alang solat Maghrib, kami solat Isyak lah. Sebab isyak kan masuk awal.
Tiba masa untuk makan malam setelah seharian. Mana nak
pergi? Persoalan yang sering bermain di fikiran. Kami pun ke KFC di Saujana.
Alhamdulillah, dipendekkan cerita, siap makan, kami pun pulang. Jam menunjukkan
10.00 malam. Saya agak risau sebab sewa kereta sampai jam 10.00 malam je.
Balik terus ke Puncak Perdana. Terus hantar kereta kepada
Abang Apai. Nasib baik tak kena bayar duit, tapi deposit burn. Tak pe, sebab
dah siap.
Alhamdulillah, segalanya selesai….
Balik rumah, tidur….
Apa yang saya belajar dalam seharian
interview ini: setiap orang melakukan kesilapan. Janganlah kita marahkan
mereka. Berilah semangat dan tegurlah mereka dengan berhemat. Sebab mungkin
kesalahan yang dilakukan itu, kita pernah lakukan suatu ketika
dahulu..fikirkan…
bestnya hang ramai - ramai travel buat oral history, ^^
BalasPadamalhamdulillah....
BalasPadam