Keperluan VS Kehendak. Mana jadi keutamaan???


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua peminat yang masih meminati blog ini. Semoga anda semua dalam keadaan sihat dan senyum sokmo selalu.

Nak update blog ni. Sambil tunggu upload video Forum Gazebo 2012 kat Youtube, lambat lagi nak siap. Jadi saya ambil masa ni untuk update blog inilah. Masa yang ada kita gunakan untuk update blog. Release tension sikit. 

Fikir punya fikir, tajuk entri ini dah lama sebenarnya nak tulis dalam blog ini. Nak tulis pasal Keperluan VS Kehendak. Mana jadi keutamaan???. Ni yang akan dikupas malam ni. Macam nak kupas isu besar pulak kan.

Keperluan merupakan sesuatu benda atau perkara yang memang diperlukan dalam hidup kita samada sebagai seorang pelajar, manusia atau sesiapa sahaja anda dalam dunia ini. Keperluan asas manusia seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan wang sangat penting dalam meneruskan hidup dengan selesa dan aman bahagia. Kadang - kadang, wang yang banyak tidak menjamin ketenangan hidup, tapi pandai - pandailah uruskan diri. Biar sedikit, tapi berkat ataupun biar banya tapi berkat. Itu yang kita nak.

Kehendak pula adalah perkara sampingan yang diperlukan oleh kita dalam meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini. Kehendak kita berbeza antara satu sama lain. Banyak kehendak manusia yang perlu dipenuhi sehinggakan wang yang sepatutnya digunakan untuk pelajaran sebagai contohnya habis digunakan untuk mendapatkan kehendaknya. Sebagai contohnya, beli telefon baru mungkin, baju baru atau perkara - perkara lain yang menjadi kehendak bagi setiap manusia. Sampaikan biar papa, asal bergaya.

Saya mempunyai ramai kawan yang memang memenuhi semua kehendak yang mereka ingini. Duit boleh dicari, kehendak mesti dipenuhi. Kadang - kadang, bila tengok mereka pakai latest technology macam Samsung 7.0, Experia, Black Berry, Samsung Galaxy dan macam - macam lagi, terdetik dalam hati kecil ini " bila nak pakai yang macam ni ek?". Nak pakai jugak. Tapi, bila fikir masak - masak, ini keperluan ke kehendak ke ataupun gaya???. Sukar nak pilih yang mana kan. 





Teknologi terkini memang tak boleh nak dikejar. Hari ini keluar yang baru, esok keluar lagi baru dari yang keluar hari ini. Technology keeps going. Kita kena jugak ikut peredaran teknologi supaya tak ketinggalan jauh sangat dalam arus teknologi masa kini. Tapi, kena juga ingat antara keperluan dan kehendak. Mana yang jadi keperluan, mana yang jadi kehendak. Utamakan yang utama, kemudiankan yang kemudian. Bajet pun kena ambil kira.

Mungkin masa sekarang tak sesuai lagi nak fikirkan tentang benda tu, apatah lagi nak beli. Angan - angan dah lah dulu. Mungkin suatu hari nanti ianya akan menjadi kenyataan dan Mungkin suatu hari nanti, saya akan dapat memilikinya....

" Gambar yang saya postkan ni, bukan semua nak beli.Hanya penyeri blog ni. Mungkin satu je yang jadi idaman hati. "

Memang kena jaga baik - baiklah kalau dapat beli nanti. Umpama menatang minyak yang penuhlah. Ha3..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan