TUGAS DAN AKHLAK PENUNTUT ILMU
Rasanya agak janggal jika kita
membincangkan masalah ilmu tanpa di ketengahkan apakah tugas yang perlu kita
tunaikan di dalam misi menuntut ilmu, dan apakah akhlak yang perlu ada dan
tanggungjawab yang perlu kita pikul terhadap ilmu yang kita pelajari.
Tugas Penuntut Ilmu
Secara Umumnya, dapat digariskan
empat tugas seorang penuntut ilmu:
1) Memperbetulkan niat
Perkara pertama yang perlu
diambil perhatian oleh penuntut ilmu atau seorang pelajar, ialah mempunyai
keikhlasan niat demi untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. Bukan untuk
berbangga apabila digelarkan sebagai orang alim, atau tujuan mengumpulkan
harta, pangkat atau yang seumpamanya.
Sabda Rasulullah SAW
Sesiapa yang mempelajari ilmu kerana Allah, tidak mempelajari ilmu
kerana inginkan harta dunia, tidak akan dia temui kecuali Syurga hari akhirat
kelak..-Riwayat oleh Abd. Razak-
Cuma perlu di ingat bahawa, jika
harta, pangkat dan yang seumpamanya datang kepada seorang alim, maka tidaklah
menjadi kesalahan untuk menerima dan memanfaatkannya.
2) Berterusan dalam menuntut ilmu
Ilmu adalah lautan yang tidak
mempunyai pantai dan tepian. Maka usaha menuntut dan menambahkan ilmu hendaklah
berlaku secara berterusan, tidak didalangi oleh peringkat-peringkat ijazah tertentu.
Ilmu hendakalh sewajarnya dituntut dan dipelajari sampai kenegeri china.
Firman Allah SWT.
"Katakanlah (wahai muhammad)
tambahkan aku ilmu"surah Toha ayat 114
3) Sabar
Penuntut ilmu hendaklah sentiasa
sabar dalam menempuh segala dugaan dan cabaran yang merintangi perjalanannya di
dalam menuntut ilmu sama ada yang bersifat fizikal mahupun spritual. Hal ini
kerana sabar itu separuh daripada iman.
4) Memuliakan Guru
Sabda Rasulullah SAW:
Bukan dari umatku orang yang tidak memuliakan orang tua dan mengasihi
anak-anak muda kami dan tidak mempelajari daripada orang-orang alim-Riwayat Abu
Daud-
Akhlak Penuntut Ilmu
1) Merasakan Tanggungjawab ilmu
Diriwayatkan Daripada Muaz bin
Jabal die berkata Rasulullah SAW bersabda:
Tidak akan mara seseorang hamba
di hari Akhirat melainkan telah ditanya mengenai 4 perkara: Berkenaan Umurnya ke mana yang telah dia
habiskan. Berkenaan dengan Waktu mudanya
apa yang telah dia lakukan. Berkenaan dengan hartanya dari mana diperolehinya dan ke mana dia belanjakan. Dan
berkenaan dengan ilmu apa yang telah
perbuat dengannya.-Riwayat oleh Attabarani dengan isnad yang sohih-
2) Menjaga amanah ilmiah
Sabda Rasulullah SAW:
Berilah nasihat pada ilmu, Sesungguhnya khianat seseorang daripada kamu
terhadap ilmu adalah lebih dahsyat daripada khianatnya terhadap hartanya, Dan
sesungguhnya Allah akan bertanya kepada kamu pada hari kiamat - Riwayat
Attabarani-
Di antara yang termasuk dalam
daerah amanah ilmu adalah beberapa perkara berikut.
- Menasabkan atau menyandarkan
pendapat dan fikrah (buah fikiran) kepada Tuannya.
- Menyampaikan ilmu yang
diketahui, dan tidak malu untuk mengatakan"tidak tahu" jika dia tidak
mengetahuinya.
3)Tawadduk
Para Ilmuan yang menyedari bahawa
ilmu adalah lautan yang tidak bertepi tidak akan merasa sombong dan bangga
dengan apa yang ada pada mereka. Bahkan selagi bertambah ilmu di dada, semakin
bertambah sifat tawadduk.
4)Mulia diri (Al-Izzah)
Para ilmuan hendaklah merasa
mulia diri tidak merendahkan diri apabila berhadapan dengan pemerintah,
golongan bangsawan, golongan kaya-raya dan yang seumpamanya,
Firman Allah SWT: "kekuatan
itu hanyalah kepada Allah, bagi RasulNya dan bagi orang-orang mukmin, tetapi
orang-orang munafik itu tidak mengetahui"
surah al-Munafikun ayat 8
"Barangsiapa yang
menghendaki kemuliaan, maka bagi Allahlah kemuliaan itu semuanya"
surah Fathiir ayat 10
5) Beramal dengan apa yang
dipelajari
Firman Allah taala ;
"Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu
sendiri melupakan diri (kewajiban)mu sendiri padahal kamu mambaca Al-Kitab
(Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?"
surah al-Baqarah ayat 44
6) Sentiasa berusaha untuk
menyampaikan ilmu
Firman Allah taala: "Dan
(ingatlah) ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi
kitab (iaitu):"Hendalah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia, dan
janganlah kamu menyembunyikannya", lalu mereka melemparkan janji itu) ke belakang
punggung mereka dan mereka menukarkannya dengan harga yang sedikit, Amatlah buruk
tukaran mereka terima"
surah Ali Imran ayat 187
Oleh: Azmi Hashim
Di ubahsuai oleh Serai Kayu
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS