Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan

Gambar kilang Flextronics P3
Semalam, 3 Disember 2014, genaplah sebulan saya bekerja di Flextronics (P5, Perai, Pulau Pinang). Ini catatan pertama dan terakhir saya untuk entri kerja kilang ini. Sebab apa.......baca sampai habis entri kali ini.

Alhamdulillah, niat untuk mencari pengalaman bekerja sebagai "mat kilang" sudah tercapai dan terlaksana. Sejarahnya bermula kalau tak silap pada 27 Oktober 2014 di Dewan Majlis Daerah Machang, Kelantan. Temuduga terbuka telah diadakan disana dan saya telah mengunjunginya dan dipendekkan cerita, berjaya dalam "temuduga" sebagai Operator Pengeluaran di kilang Flextronics, Penang (tak da lah temuduga sangat, isi borang dan jawab soalan matematik sikit, dah dapat). Orang kata rezeki lah sebab memang kilang ni nak pakai ramai Operator. Beberapa ratus orang jugak lah nak pakai.

Sebab utama saya tertarik nak bekerja disini selain ingin mencari pengalaman kerja sebagai pekerja kilang adalah disebabkan oleh ada hostel yang disediakan oleh kilang (Flat di Taman Sungai Bakap Permai, berdekatan Nashmir) dan juga pengangkutan ke kilang setiap hari juga disediakan (bas kilang berwarna biru). Tanggal 29 Oktober 2014, saya dihubungi oleh pihak kontraktor (yang menguruskan pemergian saya ke sana) untuk confirmkan nak kerja di sana dan pada 2 November 2014, bertolak ke sana dengan bas yang disediakan oleh pihak kontraktor di Majlis Daerah Machang. Seingat saya, 10 orang sahaja yang datang untuk kali pertama bekerja di sini (4 Perempuan, 6 Lelaki).

Dipendekkan lagi cerita, 3 November 2014 - 7 November 2014, kami menjalani Training di kilang (secara teori) dan dibahagikan shif kerja masing - masing. Selesai training, 9 November 2014, bermulalah tugas sebagai pekerja kilang. Disebabkan oleh saya mempunyai Ijazah, maka ditawarkan saya sebagai Technician Assisstant bahagian Process (TA Process). Sebab masa temuduga dulu dah dijanjikan jika ada kelulusan tinggi, akan ditawar jawatan yang tinggi selain Operator. Oleh kerana nak timba pengalaman, maka saya terima jawatan tersebut sampai sekarang.

Di pasangkan saya bersama buddy (setiap pekerja akan diberikan buddy [pekerja yang dah lama] sebagai trainer). Saya berdua bersama seorang rakan sebagai TA Process. Di ajarkan kepada kami apa tugas - tugas yang perlu dibuat sebagai TA dan alhamdulillah, tidak lah sesusah yang disangka. Ramai jugak yang tanya "Macam mana minta TA?". Saya jawablah orang yang bagi sebab ada Ijazah. Dan lagi ramai jugak yang tanya "Berapa basic TA?". Saya jawab senang je TAK TAHU, sebab memang tak tahu sungguh dan tak pernah diberitahu pun berapa gaji TA. Nanti dapat gaji nanti baru boleh tahu lah.

Bekerja selama 12 jam dengan pusingan shif Pagi dan Malam merupakan perkara baru buat saya. Sebab sebelum ni bekerja 8 jam sahaja. Bergaul bersama bangsa asing (Nepal, Bangladesh, Indonesia dan lain - lain bangsa) memberi dimensi baru kepada saya yang sebelum ni hanya bergaul dalam kelompok Melayu sahaja. Kebanyakan dari mereka boleh berbahasa Melayu dengan agak fasih sebab dah lama kerja sini. Tapi ada juga yang tak boleh berbahasa Melayu. Memang terasa penat jugak lah sebab tak boleh nak duduk kalau shif pagi  sebab bos - bos ada. Kalau shif malam boleh duduk sekejap - sekejap.

Tanggal 30  November 2014, saya telah menyerahkan surat berhenti kerja sebagai TA Process atas 2 sebab yang utama. Sebab pertama adalah saya berhasrat untuk menyambung pengajian di Peringkat Sarjana (Master in Records and Document Management) Insyallah dijangka pada tahun 2015 dan sebab lain adalah mahu bekerja dalam kelulusan yang saya peroleh. Bak kata seorang pegawai tinggi dahulu " Tak ada guna awak belajar bertahun - tahun, banyak habis duit, tapi bekerja dalam bidang lain". Insyallah saya akan cari kerja yang sepadan dan saya boleh beri sumbangan semampu kelulusan yang saya peroleh.

Rezeki itu ada dimana - mana. Tak semestinya bila dah berhenti dari sesuatu jawatan atau kerja, tertutup rapat rezeki kita dalam bidang lain. Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal kepadaNya agar semuanya dipermudahkan. Sesungguhnya Allah s.w.t sebaik - baik perancang.

Ulasan

  1. nk tnye ad x no tel hr belah p1?

    BalasPadam
  2. suami saya dpt tawaran flex seberang prai ..nak tny as technician proses okay kje tu? mksd dari segi cara org keliling n org atasan..

    BalasPadam
  3. suami saya dpt tawaran flex seberang prai ..nak tny as technician proses okay kje tu? mksd dari segi cara org keliling n org atasan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. pn bagi email kat saya.....nanti saya cerita kan.....muhammadsyawal1990@gmail.com

      Padam
    2. Salam, boleh cerita mcm mna experience seseorang as technician skop kerja dia mcm mna? Klu sudi, bole email kat andynumanhakimi@gmail.com dkat sy, trima kasih sgt2

      Padam
  4. Assalamualaikum, boleh ceritakan experience semasa disana. Perjalanan bas kilang disitu. Saya dapat internship offer area situ but I'm not sure company tu offer tempat tinggal atau tak. Saya pula tak ada transport. Sayang untuk tolak mentah2 offer. Jika masih ingat harap dapat berkongsi dengan saya. Saya dapat offer from Schott Glass. Tak jauh rasanya Schott Glass ke Flextronics.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya xjauh itu saja dari saya

      Padam
    2. ya xjauh itu saja dari saya

      Padam
  5. dulu bas disediakan... ada 2 shift..petang dan malam....semua akan disediakan.....tempat tinggal masa saya dulu ada jer disediakan...tapi potong dari gaji.......baik telefon pegawai incharge untuk confirm

    BalasPadam
  6. alhamdulillah..sy keja di Flex P2 dh msuk 2 tahun

    BalasPadam
  7. boleh ceritakan pengalaman semasa jd technician disana tak? ini email saya farfardd94@gmail.com

    BalasPadam
  8. nk tnya kerja as test engineer kt flex prai ok x? skop kejs dia?

    BalasPadam
  9. Boss. Asrama oke dak?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Assalamualaikum W.B.T

Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan