Kes Buli: Salah Siapa?
Kes Buli menjadi bualan hangat pelbagai peringkat masyarakat dan juga dalam media massa susulan kes buli yang terbaru berlaku dalam negara kita beberapa minggu yang lalu. Kes Buli yang melibatkan pelajar sekolah rendah (pelajar senior dan junior). Mungkin sudah menjadi trend atau perkara biasa mutakhir ini apabila dilakukan apa – apa perkara, mesti nak upload dalam Youtube atau Facebook atau media sosial yang lain – lain. Seolah – olah ingin menunjukkan kepada dunia bahawa dia lah yang paling hebat sekarang ini. Seperti kes yang berlaku, rakaman kes buli dimuat naik dalam Youtube yang boleh ditonton oleh orang ramai bukan sahaja di negara kita malah di seluruh dunia!. Persoalannya sekarang, kenapa kes seperti ini berlaku? Apa puncanya? Semua ini menjadi persoalan yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak bagi mengatasi masalah ini dari terus berlaku. Saya bukanlah orang yang sesuai untuk mengulas isu ini. Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis. Mungkin ber