Tuesday, 8 May 2012

Konvensyen JPK UiTM Semalaysia (3)

Hari Ke 3: 5 April 2012

Hari terakhir Konvensyen merupakan hari yang paling memilukan bagi Delegasi JPK sekalian. Kami akan berpisah setelah bersama berkonvensyen selama tiga hari dua malam yang lalu... huhuhu

Sesi terakhir kali ini ialah Sesi Cabutan Bertuah... Banyak juga hadiah cabutan yang disediakan oleh penganjur.. Hadiah yang paling best ialah Basikal Pixie.. Memang menjadi rebutan dan impian semua JPK lah.. Tapi semuanya melepas... hahaha

Selesai acara Cabuatan Bertuah, Di adakan Majlis Penutup Program yang di hadiri oleh  Yang Berbahagia Timbalan Rektor UiTM Cawangan Johor dean juga En Pekan Bin Ramli, Pengerusi Majlis Pengetua Kolej Kediaman UiTM Semalaysia..


Dalam majlis tersebut, dibentangkan juga resolusi yang di bentangkan oleh Saudara Pengarah Projek, Saudara Nor Fendi. Banyak juga resolusi yang kami buat untuk semua JPK seluruh Malaysia. 


Resolusi itu kemudian di serahkan kepada En Pekan bin Ramli untuk diserahkan kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM ,Prof Datuk Dr Abdullah Mohd Said untuk tindakan selanjutnya..


Semoga mendapat respond yang baik dari HEP...


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum W.B.T

Cer Komen SIkit...hi3

Kutipan Derma