Konvensyen JPK UiTM Se Malaysia 2012 (2)


Hari Kedua: 4 April 2012

Solat Subuh Berjamaah dan senaman pagi. Kami bersenam dalam Ballroom Lotus. Tengok gambar ni. 







Lepas bersenam, kami makan pagi.

Jam 9 (lebih kurang), ceramah dari bos saya. Sesi 4 bersama Tn Hj Bahman Jamaluddin, Pengetua Kolej Jasmine, UiTM Kampus Puncak Perdana dengan tajuk Kecemerlangan Pembangunan dan Kebajikan Pelajar Kolej.














Usai ceramah Tn Hj, kami pun minum pagi. 

Seterusnya sesi Majlis Perasmian Konvensyen oleh Yang Berbahagia Prof Madya Dr Omar bin Samat, Rektor UiTM Cawangan Johor. Kami disajikan dengan Tarian Zapin budak sekolah selepas majlis perasmian. Best tau..





















Selesai perasmian, makan tengahari…

Jam 2.30 petang, sesi ceramah 5 oleh En Pekan bin Ramli, Pengerusi Majlis Pengetua Kolej Kediaman UiTM dengan tajuk Memenangi Hati dan Minda Pelajar Kolej..

Usai ceramah, kami dipecahkan dalam kumpulan kecil untuk sesi LDK. Kumpulan saya berbincang mengenai tajuk Kad Aktiviti dan Sistem Mata Merit: Pelaksanaan, Pemurniaan dan Penambahbaikan Berterusan.. lama juga kami bincang sampai nak maghrib..

Sambung nanti ye....


  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan