Sekadar Renungan Bersama
Assalamualaikum 
Buat renungan bersama.............. 
Jangan  sengaja  lewatkan 
solat. 
Perbuatan ini Allah tidak suka. 
Kalau tertidur lain cerita. 
Jangan  masuk  ke 
bilik  air  tanpa 
memakai alas kaki (selipar). 
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh
rumah kita. 
Jangan makan 
dan  minum  dalam bekas 
yang pecah atau sumbing. Makruh 
kerana ia membahayakan. 
Jangan  biarkan  pinggan 
mangkuk  yang  telah digunakan tidak berbasuh. 
Makruh dan mewarisi kepapaan. 
Jangan   tidur   selepas  
solat   Subuh, nanti 
rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat). 
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. 
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan. 
Jangan  keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan. 
Takut-takut kita mati dalam perjalanan. 
Jangan  pakai  sepatu 
atau  selipar yang 
berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 
Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita
gelap 
diselaputi dosa. 
Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari
baiknya. 
Jangan menangguh 
taubat  bila  berbuat dosa 
kerana mati boleh datang 
bila-bila masa. 
Jangan  ego
untuk  meminta  maaf pada ibu bapa dan sesama manusia, kalau memang kita bersalah. 
Jangan 
mengumpat  sesama  rakan taulan. 
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia. 
jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja
kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula. 
Jangan  bakhil untuk
bersedekah.  Sedekah  itu 
memanjangkan  umur 
dan memurahkan rezeki kita. 
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. 
Jangan 
biasakan  berbohong,  kerana 
ia  adalah 
ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada 
kita. 
Jangan  suka  menganiaya manusia atau haiwan. Doa 
makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. 
Jangan terlalu 
susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal
selamanya.  
Jangan mempertikaikan kenapa  ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan 
kita. 
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya. 
Wasalam 
**Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau
dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta
terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah
bila dibelanjakan.**

 
 
 
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS