Sunday, 8 April 2012

Kem BTN Sungai Gabai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua..

Hari ini saya akan kongsikan kepada semua tentang Program Semarak Patriotik, Kursus BTN di Kem Lambaiana Sungai Gabai, Ulu Langat, Selangor. Program tersebut telah selamat berlangsung pada 30 Mac sehingga 1 April 2012 yang lalu. 

Saya bersama 14 orang JPK, seorang Komander dan seorang pelajar biasa telah berkesempaatn menyertai kursus yang di jalankan oleh GPMS dengan kerjasama BTN dan SPR.

Banyak ceramah yang telah diberikan kepada kami. Kami di ceramahkan tentang 1 Malaysia oleh En Wan Rani, Pembantu Bahagian Masyarakat, BTN Putrajaya pada malam pertama jam 9.00 malam.

Selapas ceramah tersebut selesai, kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Saya bersama beberapa ahli dari UiTM Kampus Puncak Alam berada dalam satu kumpulan di bawah seliaan Fasilitator Ustaz Omar Sulaiman.

Selepas ceramah dan pembahagian kumpulan tersebut, kami pun dibenarkan tidur di bilik masing - masing. Seingat saya, dalam pukul 2 pagi, kedengaran dua tiga das bunyi mercun, macam komunis nak serang Tanah Melayu.

Kami di kejutkan oleh Ketua Fasilitator untuk aktiviti Night Walk. Dalam sesi taklimat beliau, memang kami kena bahan cukup - cukup oleh Ketua Fasilitator lah. Sapa suruh tak berdisiplin dalam dewan. Hahaha.. Padan Muka.

Aktiviti Night Walk berlangsung sekejap sahaja. Tak sempat sampai ke tempat berlepas... Agak terkilan juga lah..

Selepas itu, kami pun tidurlah selepas beberapa jam kepenatan melalui aktiviti tersebut...

Hari Kedua..

Ceramah kedua oleh Tn Hj Shukor, dan sesi bersama Ketua Fasilitator.. Ngeri tau.. Tak perlulah diceritakan.. Biarlah rahsia...

Selepas itu, kami dibawa ke Air Terjun Sungai Gabai untuk aktiviti Abselling and Repelling.  Ramai juga yang cuba buat aktiviti tersebut walaupun saya jatuh.. Tak pe... kenangan. Tak ada gambar nak kongsi... Diaorang tak ambil gambar saya.. huhuhu

Hari Ketiga..

Ceramah oleh Pak Wan dan Majlis Penutup Kem...

Overall: Best, tapi takut....










4 comments:

Assalamualaikum W.B.T

Cer Komen SIkit...hi3

Kutipan Derma