Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

Nasihat Imam Ghazali

NASIHAT IMAM GHAZALI... Pintu-pintu syaitan masuk ke dalam hati: 1.  Pintu marah dan syahwat. 2.  Hasad dengki dan tamakkan keduniaan. 3.  Kekenyangan makanan. 4.  Kegemaran menghias diri dan rumahtangga. 5.  Keinginan mengampu. 6.  Gopoh dan tidak menyelidiki terlebih dahulu. 7.  Harta dan wang ringgit. 8.  Lokek dan takutkan kemiskinan. 9.  Keterlaluan fanatik dan taksub kpd mazhab serta mendendam dan menghina. 10. Perbuatan memikir tentang zat dan sifat - sifat Allah dan perkara – perkara tanpa ilmu pengetahuan dan di luar aqal fikiran. 11. Sangkaan buruk sesama kaum mslmn. Semoga bermanfaat. Dinul Mahfuz Rujukan: Himpunan nasihat tokoh - tokoh islam sedunia oleh Zabidi Hj. Nawawi.

Stress

Hari ni memang stress... nak makan orang rasa. Suka hati mak bapak dia je nak panggil aku nama ikut suka.... Nama saya MUHAMMAD SYAWAL BIN MAT GHANI... Boleh panggil Syawal.. bukan Monge!!!! Sekian.

Sekadar Renungan Bersama

Imej
Assalamualaikum Buat renungan bersama.............. Jangan  sengaja  lewatkan  solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita. Jangan  masuk  ke  bilik  air  tanpa  memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita. Jangan makan  dan  minum  dalam bekas  yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. Jangan  biarkan  pinggan  mangkuk  yang  telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Jangan   tidur   selepas   solat   Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan. Jangan  keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan. Jangan  pakai  sepatu...

Mesyuarat Bersama En Mansor

Imej
Alhamdulillah.... Semalam bertarikh 11/4/2012, saya bersama beberapa JPK lain iaitu Mazhar bin Mahadi, Siti Aishah Salleh Hudin, Nuruljannah Asila Mohd Ishak, Aminah Rahimah Mohd Yusof dan saya telah bermesyuarat bersama En Mansor di Tingkat 13, Bangunan JKR Malaysia di Menara PJD ... Bilik Mesyuarat Bersama En Mansor Lepas meeting, kami di belanja makan sarapan kat kedai sebelah pejabat En Mansor... Apa lagi.. Rezeki  jangan di tolak... Saya makan Roti Canai Telur... Best Menara PJD ke Sunway: Aminah yang drive Sunway ke Skesyen 17( Hantar Aminah beli tiket), ke Seksyen 7( Hantar Aishah ke rumah kakak dia) ke Tesco Shah Alam ( Hantar Jannah jumpa kakak dia dan solat): saya drive. Di Seksyen 17 Seronok sangat.... Tengok gelagat Aminah semasa memandu.... hahaha

Konvensyen JPK UiTM Se Malaysia 2012 (1)

Imej
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua Hari ni pulak saya nak kongsikan cerita menarik sempena Konvensyen JPK UiTM Semalaysia yang telah selamat diadakan pada 3 - 5 April 2012 yang lalu bertempat di Hotel Lotus Desaru Tempat Berlangsungnya Konvensyen Banner Konvensyen Hari Pertama: 3 April 2012 Setelah mengharungi perjalan selama lebih kurang 5 jam dari Shah Alam ke Johor Bharu ( Hotel Lotus Desaru), sampailah kami ke tempat yang ingin dituju untuk berkonvensyen bersama – sama JPK Puncak Alam. Sesampainya kat sana, terus di ambil gambar oleh urusetia.. hah. Lepas ambil gambar, kami mendaftar masuk dan masuk ke Ballroom Lotus untuk Taklimat Penginapan… Taklimat Penginapan dan Bengkel telah disampaikan oleh En Abd Rahim Abd Majid, Pengurus Asrama Kanan UiTM Cawangan Johor dan seterusnya sesi Ice Breaking oleh En Mohamad Ismail bin Pahmi, Ketua PPP Sektor A, UiTM Cawangan Johor… Dah selesai Taklimat dan Ice Breaking, kami pun...

Kerja Kosong Hari ini....

Imej
Jom Kerja ...;)

Kem BTN Sungai Gabai

Imej
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.. Hari ini saya akan kongsikan kepada semua tentang Program Semarak Patriotik, Kursus BTN di Kem Lambaiana Sungai Gabai, Ulu Langat, Selangor. Program tersebut telah selamat berlangsung pada 30 Mac sehingga 1 April 2012 yang lalu.  Saya bersama 14 orang JPK, seorang Komander dan seorang pelajar biasa telah berkesempaatn menyertai kursus yang di jalankan oleh GPMS dengan kerjasama BTN dan SPR. Banyak ceramah yang telah diberikan kepada kami. Kami di ceramahkan tentang 1 Malaysia oleh En Wan Rani, Pembantu Bahagian Masyarakat, BTN Putrajaya pada malam pertama jam 9.00 malam. Selapas ceramah tersebut selesai, kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Saya bersama beberapa ahli dari UiTM Kampus Puncak Alam berada dalam satu kumpulan di bawah seliaan Fasilitator Ustaz Omar Sulaiman. Selepas ceramah dan pembahagian kumpulan tersebut, kami pun dibenarkan tidur di bilik masing - masing. Seingat saya, dalam pukul 2 pagi, ...

Karnival D'Puncak 2012

Imej
Gambar semasa Lawatan saya ke Gerai Jualan... hahaha Alhamdulillah, Karnival D' Puncak 2012 telah selamat dilangsungkan pada 28 - 30 Mac 2012 yang lalu.. Kami sekelas mengambil kesempatan untuk turut serta meniaga dalam karnival tersebut... Untunglah jugak.. Kami jual Pizza, yang menjadi top lah kat karnival tu.... Chef Jali sebagai pembuat pizza Well Done Guys!!!