Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2014

UPSR 5A: Tunai Janji

Imej
Bila berjanji, wajib ditunaikan kan?.  Alhamdulillah, dua minggu lepas, dapatlah melunaskan janji nak belanja KFC anak saudara, Mirza Ayuni yang dapat 5A dalam UPSR dulu. Dah janji, tunaikanlah. Tapi, saya tak bagi duit cash. Dia nak beli buku. Jadi kami ke Muda Osman untuk beli buku. Semua judul buku yang dibeli adalah pilihan dia sendiri... Apa pun, perjalanannya masih jauh dan penuh dugaan serta cabaran menanti. Semoga anak saudara sulungku ini dapat melangkah ke hadapan dengan semangat dan jiwa kental untuk berjaya didunia dan akhirat. Saja post gambar makan KFC

Banjir: Musibah dan Ujian Ilahi

Imej
Terminal Bas Pasir Puteh ditenggelami air bah Musim Tengkujuh yang melanda Negeri - Negeri Pantai Timur serta beberapa negeri lain di Malaysia merupakan Musibah dan Ujian dari Allah s.w.t. Khusus di Negeri Kelantan, keadaan banjir tahun ini antara yang terburuk berbanding tahun lepas. Manakan tidak, seingat saya Bandar Pasir Puteh (Stesen Bas dan kawasan sekitarnya) tidak pernah dinaiki air sehebat tahun ini. Tak dapatlah nak ke bandar untuk buat apa - apa urusan buat masa ini disebabkan oleh beberapa jalan dinaiki air. Gambar diatas dikongsikan buat tatapan umum. Ada yang dikongsi oleh rakan maya lain. Selebihnya, gambar sekitar Jalan Machang - Pasir Puteh Lama. Kepada yang membaca blog ini, sama - sama kita doakan mereka yang terlibat banjir agar diberikan ketabahan dalam menghadapi Ujian dan Musibah ini. Dan semoga banjr ini akan beransur surut nanti. Panjatkan doa dan apa bentuk pertolongan agar diringankan beban yang ditanggung ini. Ya Alla...

Rasuah: Sebuah Catatan...

Imej
Rasuah mempunyai pelbagai definisi dan panggilan yang boleh diberikan dan digunakan oleh pelbagai pihak. Ada yang panggil Suapan, Duit Kopi dan sebagainya. Dari segi definisi pula, kalimah Rasuah berbeza maksudnya antara satu pihak dengan pihak yang lain. Namun, itu bukan menjadi masalah utama yang perlu dibahaskan. Apa yang paling utama adalah "apa sebab rasuah berlaku dan apa yang perlu dibuat untuk mengurangkan dan mengatasi masalah itu". Secara umumnya, pada pandangan saya Rasuah bermaksud sesuatu perkara atau pemberian yang dilakukan atau diberikan untuk memperoleh sesuatu keuntungan daripada pemberian/ hadiah/ ganjaran dan sebagainya yang dibuat samada oleh orang perseorangan atau organisasi. Manakala menurut Oxford Advance Learners Dictionary, Corruption mean  dishonest or illegal behaviour, especially of people in authority. Ini adalah tafsiran saya sendiri, mungkin ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju. Bergantung pada diri masing - masing. Tent...

Tanggungjawab/ Amanah Kita

Imej
Tanggungjawab/ Amanah Kita Oleh: Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan Sumber Video: Abu Khadijah Studio Ada 3 yang utama: Amanah kepada Allah s.w.t Amanah kepada Alam Sekitar Amanah kepada Manusia lain. Hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Hak Orang Islam kepada Orang Islam yang lain ada 6 Perkara adalah: Beri Salam kepada orang lain. Dijemput, mesti penuhi jemputan. Beri nasihat bila diminta. Bila bersin, doakan mereka. Bila sakit, pergi melawat. Bila mati, ikut jenazahnya. 1. Bila berjumpa, beri salam. Perkara sunat yang lebih besar pahala dari yang wajib: - Beri Salam hukum sunat (pahala besar) dari Jawab salam  - Ambil air sembahyang awal sebelum waktu solat hukumnya sunat tapi boleh pahala besar berbanding ambil air sembahyang lewat. - Bilal hukumnya Sunat, Imam hukumnya Wajib [Pahala jadi Bilal lebih besar berbanding jadi Imam]. - Beri hutang, berjanji bayar dalam suatu tempoh, wajib beri tangguh jika ada masalah. Pahala halal hutang lebih bes...

Info Surah - Surah Pilihan

Imej
Bacalah: Surah Al Kahfi, ayat 1- 10 banyak - banyak Surah Al Zalzalah sehari 2 kali. (Dibaca sekali bersamaan Separuh Al Quran) Surah Al Kafirun baca 4 kali. (Dibaca sekali bersamaan 1/4 Al Quran) Surah Al Ikhlas 3 kali. (Dibaca sekali bersamaan 1/3 Al Quran) Surah Al Mulk, Al Sajadah, Al Waqiah, Surah Yaasin (Baca selepas Isyak/ sebelum tidur)   Sumber:    Kuliah Maghrib Kitab 40 Hadis Pilihan Ms 59   Oleh: Ustaz Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [Abu Khadijah Studio]  

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan

Imej
Gambar kilang Flextronics P3 Semalam, 3 Disember 2014, genaplah sebulan saya bekerja di Flextronics (P5, Perai, Pulau Pinang). Ini catatan pertama dan terakhir saya untuk entri kerja kilang ini. Sebab apa.......baca sampai habis entri kali ini. Alhamdulillah, niat untuk mencari pengalaman bekerja sebagai "mat kilang" sudah tercapai dan terlaksana. Sejarahnya bermula kalau tak silap pada 27 Oktober 2014 di Dewan Majlis Daerah Machang, Kelantan. Temuduga terbuka telah diadakan disana dan saya telah mengunjunginya dan dipendekkan cerita, berjaya dalam "temuduga" sebagai Operator Pengeluaran di kilang Flextronics, Penang (tak da lah temuduga sangat, isi borang dan jawab soalan matematik sikit, dah dapat). Orang kata rezeki lah sebab memang kilang ni nak pakai ramai Operator. Beberapa ratus orang jugak lah nak pakai. Sebab utama saya tertarik nak bekerja disini selain ingin mencari pengalaman kerja sebagai pekerja kilang adalah disebabkan oleh ada hostel yang d...