Selamat Datang Ramadhan…



“Wahai orang – orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan keatas orang – orang yang terdahulu daripada kamu, mudah mudahan kamu bertaqwa”, Surah Al Baqarah, ayat 183

“Bahawasanya Bulan Ramadhan itu ialah bulan dipermulaannya Rahmat, di pertengahannya Pengampunan dan diakhirnya Merdeka bebas dari api neraka”. (Hadis)

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah s.w.t, yang memiliki sekalian alam. Syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana memberikan kita peluang untuk terus beribadat di Bulan Ramadhan yang mulia ini. Sesungguhnya segala nikmat yang dikurniakan tidaklah dapat kita hitung berapa jumlahnya…

Hari ini sudah masuk 4 Ramadhan 1433 Hijrah bersamaan 24 Julai 2012. Rasanya belum terlambat bagi penulis untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua rakan blogger yang setia berblog ini. Semoga kita semua dapat berpuasa dengan sempurnanya pada tahun ini dan semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Insyallah…

Hari ini saya ingin berkongsi tentang Ramadhan mengikut kitab Risalah Kesempurnaan Amalan. Semoga menjadi panduan dan memberikan kita sedikit sebanyak ilmu dalam beribadat di bulan Ramadhan ini. Insyallah…

Hukum Puasa
  • Wajib
  • Sunat
  • Haram
Syarat wajib Puasa
  •   Islam
  • Baligh
  •  Berakal
  • Sihat
  • Menetap
Syarat sah Puasa
  • Islam
  • Berakal
  • Suci dari Haid dan Nifas
  • Masuk waktu berpuasa
Rukun Puasa
  • Berniat pada malam hari
  • Menahan diri daripada makan minum
  • Menahan diri dari memasukkan sesuatu kedalam rongga
Perkara yang Membatalkan Puasa
  • Makan atau minum dengan sengaja
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
  • Mengeluarkan mani
  • Muntah dengan sengaja
  • Kedatangan Haid atau Nifas
  • Beranak
  • Gila
  • Pitam sepenuh hari
  • Murtad
  • Mabuk sepenuh hari
  • Jima’ dengan sengaja pada siang hari
Perkara yang Makruh bagi orang yang Berpuasa
  • Memaki, mengata, mengumpat atau menceritakan hal ehwalnya
  • Melambatkan berbuka
  • Mengunyah sesuatu(getah atau sebagainya)
  • Merasakan makanan dengan lidah
  • Berbekam
  • Mencium atau menggunakan sesuatu yang wangi seperti bunga atau minyak wangi
  • Masuk kedalam majlis jamuan
  • Bersugi Gigi waktu Gelincir Matahari
  • Melihat atau memandang kearah wanita atau sebaliknya samada bernafsu atau tidak
Perkara yang sunat bagi orang Berpuasa
  • Menyegerakan Berbuka Puasa(mestilah masuk waktu dahulu)
  • Meninggalkan Bersugi Gigi ketika waktu Gelincir Matahari
  • Membanyakkan bekerja umrah bagi mereka yang pergi Haji pada Bulan Ramadhan
  • Membaca Al Quran
  • Beriktiqah dalam Masjid
  • Melewatkan sahur sedikit
Hari yang di Makruhkan Berpuasa
  • Puasa pada Hari Jumaat Sahaja
  • Puasa pada Hari Sabtu dengan tunggalnya
  • Puasa pada Hari Arafah bagi orang yang mengerjakan haji
  • Puasa Sepanjang Tahun
Hari yang di Haramkan Puasa
  • Puasa Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha
  • Puasa pada Hari Tasyrik iaitu 3 hari selepas Hari Raya Aidiladha (11, 12 dan 13 Zulhijjah)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan